Tutup

Setahun Malaysia Baharu: Felda berpotensi jadi ejen perubahan

Setahun Malaysia Baharu: Felda berpotensi jadi ejen perubahan
Kata Dr Yusof, sebarang model yang ingin digunapakai memerlukan perubahan yang mana pengurusan Felda atau Kerajaan perlu berfikiran jauh ke hadapan untuk menjadikan komuniti Felda berjaya di bawah komuniti perniagaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: PENSYARAH Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Yusof Saari berpendapat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Felda berpotensi tinggi untuk dibangunkan semula dengan model perniagaan yang baharu.

Ia juga akan membantu dari segi konteks memajukan Bumiputera dan meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya golongan B40 dan M40.
“Pembangunan Felda kalau dapat dinaikkan ke satu tahap yang lebih baik, kena guna model perniagaan yang lain. Jangan gunakan model perniagaan yang sekarang,” ujarnya ketika diwawancara pada Program Khas Menjelang Setahun Malaysia Baharu di Astro AWANI hari ini.

Katanya, sebarang model yang ingin digunapakai memerlukan perubahan yang mana pengurusan Felda atau Kerajaan perlu berfikiran jauh ke hadapan untuk menjadikan komuniti Felda berjaya di bawah komuniti perniagaan.
“Bila itu berlaku, saya kira kita telah merubah landskap keseluruhan Felda itu sendiri. Dan kita tahu Felda juga boleh menjadi sebahagian daripada sektor pelancongan yang (peluang) terbuka luas untuk Felda sebenarnya. Untuk diperbaharui, seperti ‘educational tourism’. Kita lihat itu kehendak pasaran sekarang.”


 
Beliau juga menyatakan dengan wujudnya perubahan ini, peluang pekerjaan akan lebih banyak tersedia di kawasan Felda. Perkara ini dapat menarik minat golongan muda yang berkeinginan untuk pulang ke Felda.

“Kita tahu banyak anak-anak Felda yang berkelulusan universiti. Dan inilah masanya untuk mereka membangunkan Felda itu dengan kepakaran mereka ada. Sekarang ini, yang menyebabkan mereka berada dekat luar, peluang itu tidak ada di situ,” ujarnya lagi.

Katanya, perkara ini tidak sukar untuk dilakukan sekiranya kerajaan terus beriltizam untuk membantu Felda membangun dan melaksanakan pembaharuan yang kritikal.


Tag: Felda, Dr Yusof Saari, Bumiputera, model, ekonomi, B40, M40



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.