Tanggal 8 Mac 2014 akan sentiasa dikenang dan Ahad ini genap setahun sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang.

Pesawat tersebut dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur hilang daripada radar pada 8 Mac tahun lalu dan bermulanya misi pencarian yang melibatkan pelbagai negara di bahagian selatan Lautan Hindi.

Kami di AstroAwani.com memberikan penghormatan kepada tragedi ini dan juga 239 orang penumpang serta anak kapal dengan menyediakan laporan menyeluruh berkenaan tragedi tersebut pada Ahad ini.

Kami akan menyediakan laporan menyeluruh 360 darjah tentang apa yang berlaku pada hari malang itu termasuk wawancara eksklusif, galeri foto, kronologi dan liputan langsung di saluran 501 Astro bermula pukul 7 pagi.

Tragedi ini bukan sahaja dekat di hati masyarakat Malaysia malah menjadi perhatian di seluruh dunia.

Di sini, kami memberikan anda peluang untuk menghantar ingatan kepada keluarga dan rakan-rakan penumpang dan anak kapal MH370.

Gunakan hashtag #SetahunMH370 di Twitter dan Instagram. Mesej dan gambar terpilih akan disiarkan di Astro AWANI.