PANDANGAN dan kisah negatif mudah menular dan berleluasa di media sosial dewasa ini.

Justeru adalah amat penting untuk kita mengetengahkan kisah kemanusiaan dan kepentingan nilai-nilai murni dalam membantu menyelesaikan isu-isu masyarakat.

Untuk itu menerusi program terbaharu Komuniti AWANI, kami memberi peluang kepada anda untuk berkongsi kisah-kisah kemanusiaan yang akan kami bawakan ke skrin televisyen.

Sekiranya anda mempunyai cerita yang mencetus inspirasi atau memaparkan nilai-nilai murni, ia berpeluang untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia menerusi program ini.

Apa yang paling menariknya, kisah-kisah ini akan disampaikan oleh artis dan selebriti tersohor tanah air, seperti Sharifah Amani, Misha Omar, Erra Fazira dan Tomok.

BACA: Siti Nurhaliza, Adibah, Nora Danish, Alif Satar jadi penyampai berita Astro AWANI

Pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor turut membuat penampilan pertamanya sebagai penyampai berita menerusi program Komuniti AWANI.

VIDEO: Komuniti AWANI: Adibah Noor jadi penyampai berita

Komuniti AWANI bersiaran setiap Isnin pada pukul 8.15 malam.

Kongsikan kisah anda bersama kami menerusi emel ke [email protected].