SEHARI dua ini, ketika Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) sedang berlangsung, perbincangan umum bukan hanya tentang UMNO dan perhimpunannya, tetapi banyak yang bercerita tentang kenyataan Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid tentang ekonomi negara menerusi laman twitternya.
Apa yang ditulis Sheila kemudiannya tular dan menjadi sensasi. Ramai yang menyokong Sheila namun bukan sedikit yang mengecam penyanyi lagu Sinaran ini.
“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi & pekerjaan sukar didapati. Rakyat Malaysia semakin letih & marah kerana dihimpit hutang yang bukan kita cipta. Cukuplah beralasan & cari kesalahan. Tumpu pada tugas meletakkan negara kembali ke landasan! Mengecewakan!” tulis Sheila menerusi akaun Twitternya.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji Sheila dan mengucapkan terima kasih kepada penyanyi itu kerana menyuarakan pandangannya.
"Satu per satu ikon Malaysia bersuara demi masa depan negara. Dari Fatiya Latiff, Aznil Nawawi dan sekarang Sheila Majid. Anak muda khususnya kena berani kehadapan. Masa depan terletak di tangan anda. Kalau bukan kita, siapa lagi? Terima kasih Sheila Majid" tulis Dr Mahathir di laman twitternya.
Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain juga turut memuji Sheila dan beberapa artis lain yang dilihat berani bersuara. Disisi pemimpin UMNO, apa yang dikatakan oleh Sheila telah dijawab.
Isunya sekarang, selain dari apa yang disentuh Sheila, kebebasan bersuara yang diperolehi penyanyi itu dan beberapa lagi artis yang satu aliran pemikirannya. Biarpun pemimpin dan penyokong UMNO tidak bersetuju dengan Sheila, atau ada yang mengecamnya, satu perkara yang Sheila dan artis lain tidak boleh nafikan, ada ruang kebebasan untuk menyatakan pandangan. Dikecam atau dikutuk itu satu cerita lain.
Sehingga hari ini, ketika PAU2017 masih lagi berlangsung, tidak ada usul untuk Sheila atau pelakon Fathia Latif dikenakan apa-apa tindakan. Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar ketika berucap di Perhimpunan Puteri baru-baru ini hanya meminta Fathia bercakap berdasarkan fakta, tidak pula mengusulkan apa-apa tindakan terhadap Fathia yang telah banyak kali membuat kenyataan tidak sealiran dengan kerajaan.
Maknanya, Sheila, Fathia dan beberapa artis lain masih bebas menyatakan pandangan mereka. Dikecam satu perkara yang perlu diterima kerana yang menyokong juga ramai.
Kalau Sheila, Fathia dan beberapa artis lain membuat kenyataan yang agak pedas terhadap kerajaan atau pemimpin kerajaan pada tahun 1980an atau 1990an atau lebih tepat lagi ketika era pemerintahan Dr Mahathir, rasanya sehari selepas kenyataan dikeluarkan, berbagai bentuk tindakan telah dikenakan.
Masihkan ingat lagi dengan isu "Siapa Mahathir?" yang ditanya seniman Datuk M.Nasir kepada seorang wartawan yang mahu penyanyi itu hadir ke majlis baca puisi yang dihadiri Mahathir.
M.Nasir tidak membuat apa-apa kenyataan mempertikaikan pemerintahan Dr Mahathir, tetapi cukup dengan "Siapa Mahathir?", selepas itu banyak perkara yang komposer terkenal itu terpaksa berdepan. Bekalan elektrik di rumah penyanyi itu dipotong dan M.Nasir berdepan ugutan ditarik balik kerakyatannya. Padahal soalan "Siapa Mahathir?" itu keluar apabila M.Nasir terpaksa membatalkan penyertaannya di acara puisi yang dihadiri Mahathir kerana mahu pulang menziarahi bapa mertuanya yang meninggal dunia di Singapura.
Itu dizaman Mahathir. Kini dizaman Datuk Seri Najib Tun Razak, artis yang menyatakan pandangan agak kritikal terhadap kerajaan tidak dikenakan apa-apa tindakan. Mereka bebas untuk bersuara menggunakan media sosial.
Benar, artis tidak boleh disekat untuk bersuara menyatakan pandangannya. Kebebasan bersuara juga perlu diraikan dan perlu diucapkan terima kasih.
______________________________________________________________________________
* Irwan Muhammad Zain adalah wartawan kanan di Astro AWANI.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Irwan Muhammad Zain
Fri Dec 08 2017
Artis bebas menyatakan pandangan mereka tanpa dikenakan apa-apa tindakan atau sekatan. - Gambar fail
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Empat lelaki belasah pelajar ditahan
Seramai empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan pelajar di hadapan sebuah sekolah, pada Khamis lalu.
Perancis arah PBB segerakan gencatan senjata di Gaza
Duta Besar Perancis ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menempelak Majlis Keselamatan PBB yang masih belum capai keputusan menamatkan konflik di Gaza.
Stoking kalimah Allah: Agong murka, titah tindakan keras terhadap pelaku
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Dua pengarah syarikat didakwa gagal patuhi perintah tribunal
Sebuah syarikat pengendali umrah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award tribunal tuntutan pengguna Malaysia.
Agong kurnia darjah kebesaran kepada 33 individu
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 33 individu sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara.
[TERKINI] Sultan Ibrahim murka isu penjualan stoking tertera kalimah Allah
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan sarung kaki atau stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.
Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, BNM, GLIC serta GLC.
'Saya pun puasa YB' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila pembentangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asinng 2023 dicelah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mempersoalkan status quo Perdana Menteri dalam RUU itu.
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 lulus di Dewan Rakyat
Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Ordinan darurat bersifat melindungi, tidak sekat kebebasan bersuara
Ordinan Darurat memiliki unsur perundangan dari segi peranan mahkamah yang berfungsi sebagai semak dan imbang.
Fikir di luar kotak, fahami nilai 'Harimau Asia' - Syed Saddiq
Katanya, golongan belia perlu berani menyatakan pendapat dan bersuara tentang sesuatu kerana sifat sebegini mampu mencetuskan pembaharuan yang positif.
'Suami tidak pernah mengasari saya' - Isteri pelakon akhirnya bersuara
Isteri kepada pelakon dan pengarah filem yang direman empat hari kerana menampar polis akhirnya bersuara.
Sheila Majid, Fathia Latiff dan kebebasan bersuara
Sheila Majid dan beberapa artis bebas menyatakan pandangan mereka tanpa menerima apa-apa tekanan.
Pemimpin dan anggota UMNO perlu guna saluran parti untuk bersuara - Zainal Abidin
UMNO Pulau Pinang berpendirian bahawa setiap pemimpin dan anggota parti mempunyai saluran yang betul untuk bersuara dan memberi pandangan terhadap sesuatu perkara berkaitan parti dan kerajaan.