Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Ahad malam enggan mengulas isu perpindahan dua pengarahnya ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba ke tanahair jam 9.40 malam tadi.

"Terima kasih, nanti saya jumpa anda (media). Tidak selamat disini. Biar saya selesaikan dahulu," katanya ketika menuju ke keretanya sambil diiringi pengawal peribadi di sini, hari ini.

Shukri berada di AS selama 10 hari atas urusan rasmi.

BACA: Dua pegawai kanan SPRM yang ditukarkan akan berbincang dengan KP JPA dan KSN Isnin

BACA: 'Tukar dua pegawai SPRM tindakan terdesak'

BACA: Siasatan ke atas SPRM ditangguh sementara - KPN

Terdahulu, selepas mendarat di KLIA Shukri disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Difahamkan, mereka mengadakan pertemuan selama 15 minit di ruang menunggu kenamaan sebelum meninggalkan KLIA.