Polis akan menjalankan siasatan secara profesional berhubung kes seorang anggota polis trafik yang melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera parah di bahagian lengan kiri dalam kejadian di Jalan Lencong Timur di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata siasatan secara profesional, telus dan adil itu bagi memastikan tiada pihak yang teraniaya dalam kejadian tersebut.
"Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku apabila dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Modenas telah melanggar lampu isyarat di Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah sebelum dikejar oleh anggota polis berkenaan yang berada di kawasan tersebut.
"Dua lelaki terbabit enggan memberhentikan motosikal dan terus menunggang secara berbahaya termasuk melanggar beberapa lagi lampu isyarat selain menghimpit motosikal yang dinaiki anggota polis dalam cubaan melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata dengan tujuan untuk memberhentikan motosikal tersebut, anggota polis berkenaan telah melepaskan satu tembakan yang disasarkan di bahagian tayar belakang motosikal yang dinaiki mereka.
"Tindakan tersebut diambil memandangkan tindakan dua lelaki berkenaan yang mencurigakan selepas tidak mahu memberhentikan motosikal selain boleh mendatangkan bahaya kepada anggota polis dan orang awam.
"Selepas motosikal tersebut berhenti dan pemeriksaan dijalankan, anggota polis berkenaan mendapati tembakan tersebut telah mengenai lengan kiri pembonceng motosikal," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, mangsa Mohd Alif Anuar, 21, yang membonceng motosikal ditunggang rakannya Zulhilmi Azri, 22, sedang dalam perjalanan dari Kuala Kedah menuju ke tempat kerja mereka di Alor Mengkudu, di sini.
Rakan mangsa mendakwa mangsa telah ditembak oleh anggota polis trafik yang cuba memberhentikan motosikal dinaiki mereka yang sebelum itu melanggar lampu isyarat merah di jalan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2019
Rakan mangsa mendakwa mangsa telah ditembak oleh anggota polis trafik yang cuba memberhentikan motosikal dinaiki mereka yang sebelum itu melanggar lampu isyarat merah. - Gambar hiasan
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Lelaki parah dipijak gajah liar
Mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi tersebut kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.
Dua lelaki cedera, kereta terbabas, terbakar
Kedua-dua mangsa itu berjaya keluar dari kereta sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
Saya tidak mahu lagi kerah kudrat - Mike
Biarpun berat hati, namun badang berusia 51 tahun itu merasakan ia masa yang sesuai untuk dia mengundur diri.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 29,092 orang, 69,028 cedera
Ramai lagi penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat.
Puluhan cedera dalam pertempuran semasa Pilihan Raya Indonesia di Papua
Sekurang-kurangnya 62 penyokong calon legislatif cedera dalam pertempuran di sembilan lokasi di Puncak Jaya, Papua Tengah, semasa Pilihan Raya Umum pada Rabu.
Seorang maut, 14 cedera insiden tembakan perarakan Super Bowl
Ketika kejadian, ribuan penduduk telah berkumpul di Union Station bagi menyaksikan perarakan itu.