Hari pertama yang penuh drama - daripada usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat, pelantikan baharu jawatan itu dan Timbalan Yang Dipertua sehinggalah kepada isu remeh 'gelap' dan 'bedak' - menghangatkan persidangan Dewan Rakyat.
Kehangatan hari pertama itu boleh diibaratkan sebagai 'storm in a teacup' apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin memperoleh kelebihan undi untuk meluluskan usul yang dibawa Perdana Menteri itu.
Usul yang mendapat bantahan daripada pihak pembangkang itu, lulus apabila undi yang dilakukan secara belah bahagian menyaksikan 111 Ahli Parlimen menyokong, 109 tidak sokong manakala seorang tidak hadir dan seorang berkecuali.
Walaupun kelebihan undi itu adalah tipis, ia sudah cukup untuk menunjukkan Muhyiddin mendapat sokongan yang mencukupi kalangan Ahli Parlimen.
Pelantikan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Timbalan Speaker turut melakar sejarah negara apabila menjadi wanita pertama yang dilantik untuk menduduki kerusi itu.
BACA: Kenyataan 'bedak', 'gelap': Kasthuri Patto mahu rujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
BACA: 'Gelap, bedak, gempita' - Azhar tidak menyesal jadi YDP Dewan Rakyat
Mungkin disebabkan lama tidak 'berdebat' apabila Dewan Rakyat hanya bersidang sehari pada Mei akibat penularan wabak COVID-19, rata-rata Ahli Parlimen baik di blok pembangkang mahupun kerajaan 'berebut-rebut' untuk bercakap mempertahankan hujah masing-masing yang memihak kepada blok yang disokong.
Mungkin juga mahu menguji ketegasan Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua dewan yang baharu menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, ada sahaja perkara yang menjadi 'modal' untuk mereka bertikam lidah dan menghangatkan suasana, sehingga menyebabkan persidangan dewan ditangguh awal dua jam daripada sepatutnya.
Bagaimanapun, dalam kekecohan yang turut menyaksikan Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) diarah keluar dewan sehingga tamat persidangan hari pertama itu, persidangan dewan meluluskan usul pelantikan enam Ahli Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen ke-14.
Mereka terdiri daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BACA: Syed Saddiq dipersenda di Dewan Rakyat: Adakah belia dilayan sebegitu dalam politik?
BACA: Dewan Rakyat bentang SOP persidangan kekang COVID-19
Persidangan dalam situasi negara yang masih belum bebas daripada pandemik COVID-19 itu juga menyaksikan kebiasaan baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, antaranya tempat duduk Ahli Parlimen disusun dengan jarak satu meter iaitu mengambil kira jarakan sosial, menyebabkan ada kalangan wakil rakyat yang terpaksa duduk di tempat duduk pegawai.
Bagaimanapun, ribut hanya sehari dan ketegasan serta keadilan Azhar serta Timbalan Yang Dipertua dewan yang baharu Azalina dalam membuat keputusan ketika mengendalikan persidangan pada hari-hari seterusnya berjaya 'menarik' sokongan dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan.
"... ini apabila ada Speaker pandai senang," kata Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) apabila Azhar membuat keputusan yang memihak kepada beliau ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Khamis.
BACA: Yang Dipertua arah Abdul Azeez mohon maaf isu 'gelap'
BACA: Henti memperlekeh peranan wanita dalam Dewan Rakyat - Aktivis
Selain kekecohan hari pertama, urusan mesyuarat lancar pada hari-hari berikutnya walaupun isu-isu seperti 'kerajaan pintu belakang', 'kerajaan tebuk atap' dan 'kerajaan pintu istana' sentiasa ditimbulkan dalam kebanyakan perbahasan kalangan wakil rakyat pembangkang, yang pastinya mendapat bantahan dan tentangan blok kerajaan.
Turut menjadi tumpuan dalam empat hari pertama sidang dewan ialah isu kewarganegaraan untuk anak-anak tanpa kad pengenalan terutama di Sabah dan Sarawak; pindaan Akta Pengangkutan Jalan untuk membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kemalangan jalan raya; Pilihan Raya Umum Ke-15; serta status kewangan Lembaga Tabung Haji (TH).
Turut disentuh ialah sama ada terdapat keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.
Isnin ini persidangan Dewan Rakyat akan bersambung dengan Ahli Parlimen meneruskan perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 17 2020
Mungkin mahu menguji ketegasan Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan yang baharu, ada sahaja perkara yang menjadi 'modal' Ahli Parlimen mereka bertikam lidah dan menghangatkan suasana. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dilaksana di tiga negara - Azalina
Inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksana secara berfasa selama dua tahun melalui kajian empirikal di tiga negara iaitu Kanada, Australia serta United Kingdom.
Dewan Negara lulus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Kabinet setuju mula proses pinda Akta Hasutan
Kabinet memberi persetujuan untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan bagi mengekang provokasi terhadap isu kaum, agama dan raja (3R).
Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina
Penghapusan Seksyen 309 Kanun Keseksaan tahun lepas memberi peluang baharu, di samping menggalakkan mereka untuk dapatkan rawatan.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak
Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.
Cadangan penambahbaikan Akta 711 dijangka dibentang di Parlimen tahun ini - Azalina
Cadangan penambahbaikan bagi Akta 711 yang antara lain melibatkan mekanisme pemusatan penerimaan aduan kelakuan tidak wajar, dijadual untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
Pembiaya litigasi pihak ketiga antara fokus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing bacaan kali kedua
Tindakan ini bukan sahaja menggugat integriti sistem perundangan, tetapi juga boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara secara keseluruhan.
Tuntutan AS$15 bilion United Tausug Citizens terhadap Sabah 'membimbangkan' - Azalina
Tuntutan sebanyak AS$15 bilion (RM70.2 bilion) yang dikemukakan oleh United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah perlu ditangani dengan segera oleh Malaysia.
Tuntutan UTC: Jangan persoalkan kedaulatan Sabah dalam Malaysia - Hajiji
Sebarang tuntutan luar terhadap negeri Sabah tidak akan diiktiraf oleh kerajaan negeri mahupun rakyat.