KOTA KINABALU:Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada Sabtu menyertai sidang mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pengurusan dan kesiapsiagaan mendepani pandemik COVID-19.

Mesyuarat khas yang berlangsung selama hampir tiga jam tersebut bermula pada pukul 11 pagi dan dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui sidang video.

Itu merupakan mesyuarat MKN kali pertama yang disertai Hajiji.

Turut hadir adalah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Timbalan Pengarah Kesihatan Awam, Datuk Chong Chee Kheong; dan Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Christina Rundi.

Pada Jumaat, 466 kes positif COVID-19 direkodkan di Sabah dengan tiga kematian.