Seorang waris pesakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini mengalami cedera ringan apabila beberapa keping siling di dalam sebuah wad di hospital tersebut runtuh.

Menurut sumber yang merupakan kakitangan hospital berkenaan, kejadian tersebut berlaku di wad 6C hospital berkenaan lewat petang tadi.

"Ya betul ada siling wad runtuh. Tapi siling tu bahagian laluan pejalan kaki dekat tengah wad.

"Bukan atas pesakit. Sorang waris terkena siling tersebut tapi tiada kecederaan serius. Pesakit-pesakit yang ada dalam wad semua tidak terjejas," kata sumber.

Sumber berkata demikian susulan satu status pembaca Astro AWANI yang berkongsi kejadian berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya.

Sumber berkata demikian susulan satu status pembaca Astro AWANI yang berkongsi kejadian berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya.  - Pembaca Astro AWANI

Bagaimanapun, Pusat Gerakan Operasi Bomba Pahang dan Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut.

Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan pengesahan daripada pengurusan HTAA berhubung kejadian tersebut gagal.