Singapura akan melaksanakan tindakan yang sepadan dengan langkah Malaysia mengenakan caj jalan raya (RC) sebanyak RM20 di dua pintu masuk darat ke Johor - Tambak Johor dan Link Kedua - yang berkuatkuasa hari ini, lapor Channel NewsAsia.
Memetik kenyataan Kementerian Pengangkutan, laporan itu berkata caj jalan raya yang dikenakan Malaysia "adalah satu diskriminasi terhadap kenderaan yang didaftarkan di Singapura kerana ia hanya terpakai di pusat pemeriksaan Singapura."
Menurut laporan itu, butiran terperinci mengenai langkah yang akan diambil itu akan diumumkan kementerian berkenaan tidak lama lagi.
Pada 29 Okt, Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan Malaysia tidak pernah bersikap diskriminasi dalam melaksanakan RC bagi kenderaan berpendaftaran luar negara dari Singapura yang memasuki Malaysia kerana ia juga akan dilaksanakan di pintu masuk dari negara lain secara berperingkat.
Menurut Liow, pelaksanaan RC itu telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada rakan sejawatan beliau dari Singapura.
BACA: RM20 caj kenderaan asing masuk melalui Johor mulai 1 Nov
"Singapura telah mengenakan RC terhadap kami sejak beberapa dekad lepas. Kami baru sahaja hendak memulakannya sekarang.
Tidak ada diskriminasi. Kami akan kenakan caj jalan raya bukan sahaja di sempadan kami dengan Singapura, tetapi juga di sempadan kami dengan Thailand, Brunei dan Indonesia pada kadar sama iaitu RM20 bagi setiap kereta," kata Liow yang dipetik dalam satu laporan media sebelum ini.
Setiap hari, purata 20,000 kenderaan yang didaftarkan di Singapura memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Link Kedua. - Bernama
Bernama
Tue Nov 01 2016
Setiap hari, purata 20,000 kenderaan yang didaftarkan di Singapura memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Link Kedua. - Gambar fail
NVIDIA perkenal kad grafik RTX baharu, beri kuasa AI generatif kepada komputer riba
Kedua-dua kad grafik ini dibina menggunakan cip pemprosesan grafik Ada Lovelace yang diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
RRC Singapura tidak munasabah, Pemuda UMNO Johor bantah
Ketuanya berkata, rakyat Malaysia khususnya yang menetap di Johor Bahru dan bekerja di Singapura, ketika ini menanggung kos perjalanan keluar masuk ke republik itu sebanyak RM145.08 sehari.
Malaysia hormati keputusan Singapura kenakan caj jalan raya
Malaysia akan terus berbincang dengan Singapura berhubung keputusannya sebagai timbal balas terhadap Caj Jalan Raya Malaysia sebanyak RM20 bagi sekali masuk .
Singapura kenakan caj jalan raya S$6.40 untuk kemasukan kenderaan asing
RRC perlu dibayar bersama Permit Kemasukan Kenderaan (VEP), tol dan ERP sewaktu meninggalkan Singapura dari pusat pemeriksaan Tuas atau Woodlands.
Caj jalan raya baharu: Kemasukan kenderaan Singapura tidak berkurangan
Beliau berkata ini kerana pengguna khasnya pelancong dari Singapura masih dapat menikmati pelbagai tarikan pelancongan dan makanan di Johor dengan kadar yang rendah serta kualiti memuaskan.
Singapura akan bertindak sepadan dengan caj jalan raya dikenakan Malaysia
Singapura akan melaksanakan tindakan yang sepadan dengan langkah Malaysia mengenakan caj jalan raya (RC) sebanyak RM20 di dua pintu masuk darat ke Johor.
RM20 caj kenderaan asing masuk melalui Johor mulai 1 Nov
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sistem RC akan diaktifkan di dua laluan masuk darat di Johor iaitu di Tambak Johor dan Link Kedua.