Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) secara automatik akan melanjutkan tempoh sah Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi semua kereta dan motosikal yang didaftarkan di Malaysia selama tiga bulan lagi iaitu hingga 30 Sept 2020.
"Tidak perlu memohon untuk pelanjutan ini," menurut LTA dalam laman sesawangnya pada Khamis.
Sebelum ini, pada 26 Mac 2020, LTA mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan tempoh sah VEP bagi kenderaan yang didaftarkan di Malaysia hingga 30 Jun 2020.
Menerusi laman sesawang itu, LTA turut menyatakan bahawa fi VEP yang dikenakan sebelum 18 Mac 2020 dan selepas 14 April 2020 akan terus diguna pakai.
Ia menasihati pemandu yang ingin mengelak fi VEP terkumpul dan tidak boleh memandu sendiri kenderaan mereka ke luar dari Singapura boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan/tunda kenderaan rentas sempadan untuk membawa kenderaan mereka pulang ke Malaysia.
Pada 31 Mac 2020, LTA mengumumkan bahawa ia akan memberikan pengecualian sekali bagi fi VEP kepada semua pemilik kereta dan motosikal yang didaftarkan di Malaysia yang terpaksa terus tinggal di Singapura dari 18 Mac sehingga 14 April 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Malaysia.
Ia merupakan respons kepada maklum balas pekerja rakyat Malaysia di Singapura, majikan mereka dan kesatuan, katanya.
Ketika ini, semua kenderaan yang didaftarkan di negara asing dikehendaki membayar fi VEP sebanyak S$4 sehari bagi motosikal dan S$35 sehari bagi kereta, dengan setiap VEP sah selama 14 hari mulai tarikh masuk ke Singapura.
Fi VEP tidak boleh dibayar antara 5 petang dan 2 pagi pada hari bekerja manakala pada hujung minggu dan Cuti Umum Singapura, kenderaan dengan pendaftaran asing juga dikecualikan fi VEP selama 10 hari setiap tahun.
Pihak berkuasa mengingatkan pemandu agar mengemas kini tarikh sah cukai jalan dan insurans kenderaan menggunakan Perkhidmatan Digital VEP LTA di www.onemotoring.com.sg/ivep/insureapp sepanjang tempoh mereka berada di Singapura.
Bagi mengira jumlah yang perlu dibayar untuk kenderaan mereka, pemandu boleh menggunakan kalkulator online LTA di www.onemotoring.com.sg.
Pemandu dinasihatkan menambah nilai Kad Autopas mereka sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Pemeriksaan Woodlands atau Tuas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 11 2020
LTA secara automatik akan melanjutkan tempoh sah Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi semua kereta dan motosikal yang didaftarkan di Malaysia selama tiga bulan lagi iaitu hingga 30 Sept 2020. -Gambar fail
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Pendapatan sektor pelancongan Langkawi susut RM800 juta - LTA
Angka itu disebabkan penurunan mendadak ketibaan pelancong iaitu 1.16 juta berbanding 3.96 juta pada 2019.
PKPB: "Benarkan orang Kedah, Perlis ke Langkawi" - Rayuan operator pelancongan
Sebilangan besar pemain indsutri pelancongan Langkawi terpaksa tutup sementara kerana tidak mampu tampung operasi kerana ketiadaan pelancong.
Singapura lanjut tempoh sah VEP kenderaan Malaysia hingga 30 Sept
Menerusi laman sesawang itu, LTA turut menyatakan bahawa fi VEP yang dikenakan sebelum 18 Mac 2020 dan selepas 14 April 2020 akan terus diguna pakai.
LTA badan berlesen mewakili sektor pelancongan Langkawi
Untuk makluman, telah tubuhkan pada 30 tahun lepas iaitu pada tahun 1990 persatuan itu dihidupkan semula pada 26 Mei 2016.
Pecah rekod, hotel di Langkawi terima 1,000 tempahan dalam tempoh sejam
Perkembangan tersebut sebagai permulaan positif bagi industri pelancongan bangkit semula selepas berbulan mengalami kemerosotan.
Pembinaan HSR di Singapura dijangka bermula 2019
Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura telah membuka tender bagi reka bentuk serta pembinaan terowong dan kemudahan berkaitan di bahagian negara itu.
Singapura mansuhkan tol masuk di Woodlands mulai 1 Feb
LTA berkata semakan semula itu bagi memadankan pemansuhan caj tol oleh Malaysia baru-baru ini di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.
Pastikan nilai Autopass cukup untuk tampung RRC berkuat kuasa 15 Feb
Lembaga Pengangkutan Darat Singapura (LTA) mengenakan penalti lebih berat kepada pemandu kenderaan yang mengelak bayaran tol, fi serta caj sejak 1 Ogos 2016.
Perkhidmatan perkongsian kereta Singapura-JB oleh Grab tidak patuhi peraturan
Grab dilaporkan menerusi laman webnya bahawa perkhidmatan itu akan dijalankan dengan tambang percuma sepanjang tiga minggu menerusi program perintis itu.
Waktu operasi VEP berakhir lebih awal semasa cuti sekolah pada Jun
Sempena cuti persekolahan pada Jun, waktu operasi Permit Masuk Kenderaan (VEP) akan berakhir lebih awal pada 12 tengah hari dari Isnin hingga Jumaat, mulai 30 Mei hingga 28 Jun ini