Singapura, melalui saluran diplomatik telah meminta kerajaan Malaysia untuk menjelaskan pendiriannya mengenai projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), kata Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan.
"Kami telah memaklumkan kerajaan Malaysia bahawa Singapura terus menanggung kos projek ini ketika ia menunggu penjelasan Malaysia dan sekiranya Malaysia menamatkan projek tersebut, Singapura akan mengkaji implikasi dan melaksanakan hak kami (termasuk apa-apa hak untuk pampasan bagi perbelanjaan yang ditanggung) selaras dengan terma Perjanjian Dua Hala HSR," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut Khaw, apabila Malaysia mencadangkan projek HSR ke Singapura pada 2013, Singapura telah bersetuju kerana 'yakin akan manfaat projek ke Singapura' tersebut.
"Kami masih percaya bahawa hubungan kereta api laju antara Singapura dan Kuala Lumpur adalah untuk kepentingan bersama, dari segi ekonomi dan juga persahabatan serta persefahaman kedua-dua negara," katanya.
Khaw, yang juga Menteri Penyelaras Infrastruktur berkata, Singapura akan terus menyokong projek HSR dan memenuhi semua tanggungjawabnya di bawah perjanjian itu.
"Bagaimanapun, projek berkenaan hanya oleh diteruskan jika Malaysia juga menyokongnya dan bersedia memenuhi perjanjian berkenaan.
"Singapura berharap dapat dimaklumkan mengenai kedudukan Malaysia mengenai perkara itu," katanya.
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pembatalan itu tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura berikutan implikasi kewangan yang besar dan Malaysia mungkin perlu membayar pampasan kepada republik itu sehingga RM500 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 01 2018
Singapura berkata pihaknya akan terus menyokong projek HSR dan memenuhi semua tanggungjawabnya di bawah perjanjian itu. - Gambar hiasan
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Isu kemanusiaan: Malaysia perlu adakan rundingan dengan Taliban - Anwar
Malaysia perlu mengadakan rundingan bersama Taliban selepas kumpulan itu kini menguasai Afghanistan sepenuhnya.
44 pelajar Malaysia alami gejala di Mesir disahkan negatif COVID-19
44 pelajar Malaysia yang menunjukkan simptom demam dan selesema baru-baru ini disahkan negatif COVID-19.
Hubungan Malaysia-Kanada sama usia dengan Hari Malaysia
Beberapa sektor penting juga jelasnya boleh diteroka dengan kerjasama kerajaan Kanada antaranya pelancongan, sistem penyampaian perkhidmatan awam, sains dan teknologi serta kesaksamaan gender.
Raja Arab Saudi ucap tahniah kepada Tun Mahathir
Agensi berita Arab Saudi (SPA), Raja Salman telah menzahirkan ucapan tersebut menerusi satu perbualan telefon.