Pemeriksaan lebih ketat akan dilakukan terhadap kontena di semua pelabuhan bagi memastikan tiada bahan sisa plastik yang dilarang lepas masuk ke negara ini.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abdul Halim berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membanteras kegiatan haram itu.
"Kami melakukan pemeriksaan yang lebih ketat terhadap kontena-kontena yang masuk ke dalam negara terutama di Pelabuhan Klang.
"Kastam juga menyertai pasukan khas yang diwujudkan oleh kerajaan dan memandang serius kegiatan membawa masuk sisa plastik ke dalam negara," katanya kepada Bernama.
Isu sisa plastik mendapat perhatian apabila media melaporkan beratus-ratus kontena di Pelabuhan Klang yang diperiksa dalam 10 operasi pihak berkuasa mengandungi sampah haram yang dibawa masuk ke dalam negara.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin pada 28 Mei lepas dilapor berkata sejumlah 60 kontena sisa plastik yang dibawa masuk ke negara ini secara haram akan dihantar semula ke negara asal.
Beliau berkata 10 daripada 60 kontena yang keseluruhannya seberat 450 tan metrik merupakan sisa plastik daripada pelbagai negara seperti China, Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Kanada, Arab Saudi dan United Kingdom.
Malaysia adalah antara negara yang mengimport sisa plastik yang boleh dikitar semula dan setakat ini sejumlah 62 syarikat mempunyai Permit Import (AP) sisa plastik yang dikeluarkan Jabatan Pengurusan Sisa dan Pepejal Negara (JPSPN) bagi membawa masuk dan memproses skrap plastik di negara ini.
Bagaimanapun, syarat-syarat ketat dikenakan untuk membawa masuk dan memproses sisa plastik itu antaranya kebenaran import hanya diberi kepada pengimport yang mempunyai premis dan menjalankan aktiviti pemprosesan/kitar semula sisa plastik import.
Mengikut syarat premis pemprosesan skrap plastik kod tarif 3915, pemegang AP yang diluluskan untuk mengimport skrap plastik hanya dibenar menyimpan dan memproses skrap plastik yang diluluskan di premis yang dinyatakan di surat kelulusan pengeksport (pembekal) skrap plastik sahaja.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima laporan berhubung pembukaan kilang kitar semula sisa plastik yang dilapor beroperasi tanpa lesen di Jenjarom, Kuala Langat, dekat sini.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani berkata laporan berhubung perkara itu diterima tahun lepas.
"Hasil siasatan dan kajian SPRM mendapati pembukaan kilang berkenaan yang dilapor beroperasi secara haram tidak mempunyai sebarang unsur yang boleh dikaitkan dengan rasuah.
"Ya, SPRM ada menerima laporan berhubung perkara itu tetapi siasatan kes ini seharusnya diserah kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak-pihak berkaitan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sehingga kini, SPRM tidak menerima sebarang laporan baharu (tahun ini) berhubung perkara itu daripada mana-mana pihak.
Media, pada 3 Jun lepas melaporkan 10 daripada 41 kilang haram yang memproses sisa plastik di Selangor telah tutup, dan bakinya dijangka ditutup selewat-lewatnya Julai ini.
Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim berkata pihaknya telah menahan seorang lelaki yang disyaki menerima rasuah berhubung pembukaan kilang kitar semula sisa plastik tahun lepas dan lelaki itu telah dibebaskan.
"Kes ini (pembukaan kilang haram) masih dalam siasatan kami sehingga kini," katanya.
Ditanya sama ada SPRM ada menerima laporan berhubung salah guna kuasa dan rasuah dengan kemasukan kontena-kontena yang membawa sisa plastik di Pelabuhan Klang, Alias berkata pihaknya tidak menerima laporan berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2019
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin menunjukkan sisa plastik yang akan dihantar semula kepada pengeksport di Pelabuhan Barat pada Mei lalu. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.
Langkawi catat kutipan e-sisa tertinggi di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengutip sebanyak 24 tan buangan barangan elektrik dan elektronik (e-sisa) di seluruh negeri sepanjang tahun ini, kata pengarahnya Sharifah Zakiah Syed Sahab.
JAS serbu dua kilang haram disyaki punca pencemaran bau di Sungai Petani
Kilang yang menjadi tempat penstoran buangan itu menyimpan bahan sisa plastik dan buangan terjadual SW 404 iaitu sisa klinikal.
JAS perlu tambahan 3,000 penguat kuasa untuk tingkat pemantauan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) memerlukan tambahan 3,000 anggota penguat kuasa berbanding 1,100 penguat kuasa sedia ada.
Pelan tindakan pencemaran sungai perlu diwujudkan - JAS
Langkah itu perlu bagi memastikan isu pencemaran sungai negara ini mampu dikendalikan dengan berkesan sekali gus dihentikan.
Premis kitar semula digempur JAS
Sebuah premis kitar semula buangan terjadual dan skrap logam di daerah ini digempur selepas didapati tidak mematuhi keperluan perundangan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
2 kapal disyaki punca tumpahan minyak di perairan Labuan ditahan
JAS Labuan menahan dua kapal yang disyaki menyebabkan kejadian tumpahan minyak berhampiran jeti Labuan Shipyard Engineering (LSE) dan perairan Patau-Patau 1.
Punca pencemaran bau di Ulu Tiram belum dikenal pasti, JAS terus siasatan
JAS Johor masih menyiasat punca pencemaran bau di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, Kampung Sungai Tiram, susulan siasatan awal tidak menemui sebarang kesan pelupusan haram.
29 sungai dikenal pasti tercemar tahun lepas - Nik Nazmi
Sejumlah 29 atau empat peratus daripada 672 batang sungai dikenal pasti tercemar tahun lepas, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad.
112kg e-waste dikumpul di Pulau Perhentian
Program dilaksanakan bermula 3 hingga 5 Jun itu mengumpul sisa e-waste seperti peti ais, telefon pintar dan kipas lama.