Sistem Biometrik Pemeriksaan Saringan Kesihatan Pekerja Asing bagi menangani masalah pemalsuan identiti dijangka berkuat kuasa sepenuhnya menjelang hujung tahun ini, menurut Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema),
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presidennya, Datuk Mohd Hatar Ismail berkata, sistem pengesahan cap jari biometrik itu adalah satu penambahbaikan dalam program saringan kesihatan pekerja asing bagi membantu lebih 2,000 klinik panel dan pusat X-ray panel mereka mengenal pasti identiti setiap pekerja asing yang menjalani pemeriksaan.
Menurut Mohd Hatar, proses menaik taraf sistem komputer di sesetengah klinik panel Fomema masih berjalan bagi mengadaptasi sistem biometrik.
"Ada beberapa peringkat (perlu diatasi) dan kita telah tengok sistem itu mula lancar, cuma yang kita perlukan adalah data yang lengkap untuk kemaskinikan dengan pihak Imigresen. Jadi kita jangkakan, Insya-Allah akan 'live' menjelang akhir tahun ini," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (saluran Astro 502) di Wisma Bernama, di sini, Rabu malam.
Ketika sesi program Ruang Bicara yang dikendalikan hos Sherkawi Jirim selama sejam itu, menurut beliau, untuk melakukan pemeriksaan, majikan perlu memastikan pekerja asing membawa bersama pasport asal dan borang pemeriksaan. Klinik dan pusat X-ray akan membuat semakan identiti pekerja asing berdasarkan pasport asal serta maklumat pada borang.
Klinik dan pusat X-ray akan log masuk ke dalam sistem Fomema untuk menyemak sama ada pekerja asing itu perlu membuat pengesahan cap jari biometrik. Jika pengesahan cap jari diperlukan, klinik akan melaksanakannya menggunakan alat imbasan.
Imbasan cap jari yang diterima akan dihantar ke pangkalan data Jabatan Imigresen Malaysia (MYIMMS) secara dalam talian untuk proses pengesahan identiti melalui padanan cap jari dalam pangkalan data.
"Hanya pekerja asing yang disahkan mempunyai padanan cap jari biometrik dalam pangkalan data MYIMMS saja boleh meneruskan pemeriksaan Fomema," katanya.
Sementara itu, Mohd Hatar turut menarik perhatian bahawa kerajaan digesa menimbang dan mengkaji semula kadar pemeriksaan kesihatan pekerja asing di pusat kesihatan yang berdaftar dengan agensi tersebut, setelah kali terakhir dibuat pada 1997.
Katanya, sehingga kini, kadar itu membabitkan RM180 bagi pekerja lelaki, manakala RM190 pekerja wanita termasuk ujian kehamilan.
"Ia selalu menjadi rungutan buat panel kita sebab sekarang ini, kos semuanya tinggi sedangkan harganya kekal. Kadar itu wajar dikaji semula kerana faktor lain perlu dilihat termasuk peningkatan kos pusat imbasan X-ray yang turut memerlukan pekerja berkemahiran menguruskannya.
"Kita pernah hantar surat untuk buat kajian tapi belum dipanggil lagi oleh kerajaan untuk berunding dan kita akan cuba," katanya yang berharap kerajaan mengkaji semula permohonan berkenaan supaya ia memberi impak positif kepada pihak berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2019
Proses menaik taraf sistem komputer di sesetengah klinik panel Fomema masih berjalan bagi mengadaptasi sistem biometrik.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Pengesahan identiti biometrik antara langkah baharu tangani penipuan kewangan di Thailand
Langkah baharu itu penting untuk melindungi wang simpanan pelanggan berikutan peningkatan kes penipuan.
Singapura henti terima Surat Perjalanan Kumpulan dari Malaysia bermula 1 Jan 2021
ICA republik itu memaklumkan ia bagi mengukuhkan keselamatan dan kecekapan pelepasan imigresen di pusat-pusat pemeriksaan di Singapura.
Sistem biometrik saring pekerja asing dijangka akhir tahun ini
Hanya pekerja asing yang disahkan mempunyai padanan cap jari biometrik dalam pangkalan data MYIMMS saja boleh meneruskan pemeriksaan Fomema.
KDN kaji guna satu platform pengenalan biometrik bagi semua agensi
Sistem itu bukan sahaja dapat merekod data keluar masuk pelawat tetapi juga membanteras aktiviti jenayah seperti pemerdagangan manusia dan penjenayah lintas sempadan.
AirAsia lancar sistem pengecaman wajah di lapangan terbang, FACES
AirAsia berada di landasan tepat ke arah menjadi syarikat penerbangan digital dengan pelancaran Fast Airport Clearance Experience System (FACES).
Sistem biometrik saring pekerja asing dilaksana Februari 2018
Sistem Biometrik Pemeriksaan Saringan Kesihatan Pekerja Asing bertujuan menangani masalah pemalsuan identiti dijangka hanya akan berkuatkuasa sepenuhnya di seluruh negara pada Februari tahun depan.
Sistem biometrik elak pelajar asing salah guna visa
Penyalah guna visa dikhuatiri terlibat dengan jenayah berprofil tinggi seperti pengedaran dadah antarabangsa dan penyeludupan senjata api.
Pemerdagangan manusia: Thailand setuju ekstradisi 10 warganya - Zahid
10 individu yang berumur antara 35 hingga 60 tahun itu dikenal pasti terbabit dalam kes penemuan kubur besar di Wang Kelian, Perlis, pada Mei tahun lalu.