Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerugian negara di dalam skandal 1MDB perlu dibayar semula demi kepentingan rakyat.

Menerusi temubual beliau bersama Richard Quest di CNN's Talk Asia, Anwar menyifatkan skandal 1MDB lebih teruk daripada apa yang dijangkakan.

"Kami mahu sumber-sumber yang cukup untuk rakyat kita. Saya tidak percaya negara mesti menderita atau rakyat mesti menderita - hanya kerana ketamakan beberapa pemimpin korporat ini.

"Ini mengerikan. Ia lebih teruk daripada apa yang kami jangkakan. Kami fikir ada sesuatu yang dapat kami tangani sebagai sebuah negara dan kami sedar ia harus menjadi usaha antarabangsa," katanya pada temu bual tersebut.

Mengulas berkenaan jawatan Perdana Menteri, Anwar berkata persetujuan telah dibuat untuk melantiknya menjadi perdana menteri yang seterusnya.










Namun, tegasnya keputusan akhir kekal ditangan rakyat dalam membuat keputusan.

Selaku pejuang demokrasi, Anwar turut mengakui akan sentiasa menghormati prinsip demokrasi dalam siri temu bual itu.

"Sekarang, ya, aturannya adalah saya menjadi perdana menteri, tetapi anda betul, akhirnya adalah rakyat yang membuat keputusan itu.

"Sekiranya saya seorang demokrat ... saya harus menghormati aturan itu," katanya.