Polis menggesa orang ramai yang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan haram supaya membuat laporan bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap penganjur skim tersebut.
Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Komplot/Kad Kredit/Kad Elektronik), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, ACP Adlan Ahmad berkata kebanyakan mangsa enggan membuat laporan kerana dijanjikan akan menerima balik wang pelaburan mereka dan menganggap jumlah kerugian kecil selain malu untuk tampil ke hadapan.
"Tidak sampai satu peratus mangsa penipuan tampil membuat laporan polis...kebanyakan mereka (mangsa) enggan membuat laporan dan ini menyukarkan siasatan polis," katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini, malam tadi.
Ditanya berkenaan modus operandi yang digunakan penganjur skim pelaburan, Adlan berkata kebanyakan skim pelaburan haram akan menawarkan pulangan yang tinggi bagi setiap pelaburan kecil dalam tempoh yang singkat serta menggunakan penglibatan orang berpengaruh.
"Mereka (penganjur skim) juga memperalatkan individu yang berjawatan tinggi, golongan profesional, artis serta ahli politik yang berpengaruh untuk menarik orang ramai menyertai pelaburan yang ditawarkan.
"Misalnya, ada skim yang menggunakan ustaz dan orang politik bagi merasmikan majlis tertentu...ini modus operandi yang biasa digunakan.
"Ada juga antara penganjur yang menggunakan surat palsu tertentu seperti surat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dipalsukan supaya bila mereka tunjuk surat berkenaan pada orang ramai, mereka akan mudah percaya," katanya.
Jumaat lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sebanyak 27 jenis skim pelaburan dikesan melibatkan 1.7 juta mangsa dengan kerugian bernilai RM4.4 bilion dicatatkan di negara ini sepanjang tempoh Julai 2013 hingga September lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2017
Kebanyakan mangsa enggan membuat laporan kerana dijanjikan akan menerima balik wang pelaburan mereka danmenganggap jumlah kerugian kecil serta malu tampil ke hadapan.- Gambar Hiasan.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Skim pelaburan: Mangsa tipu diminta buat laporan
Polis menggesa orang ramai yang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan haram supaya membuat laporan bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.