Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan seorang wanita menggunakan profil Facebook 'Ratu Naga' untuk memuat naik gambar bersifat jelik dan berunsur menghina melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut menjadi sasaran ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, menurut kenyataan SKMM pada Selasa.
Ia berkata dalam satu serbuan di premis suspek di Jalan Klang Lama pagi Selasa, beberapa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan kad SIM dirampas bagi membantu siasatan.
"Rakaman percakapan dengan suspek juga telah diambil," kata kenyataan itu.
Pada masa sama, beberapa lagi individu yang turut memuat naik gambar-gambar dimaksudkan itu telah dikenal pasti dan operasi dipergiatkan untuk mengesan mereka.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Bernama
Wed Aug 03 2016
Dalam satu serbuan di premis suspek di Jalan Klang Lama pada pagi Selasa, beberapa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan kad SIM dirampas bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
SKMM kesan 'Ratu Naga' didakwa muat naik gambar jelik dan fitnah
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengesan seorang wanita menggunakan profil Facebook 'Ratu Naga' untuk memuat naik gambar bersifat jelik dan berunsur menghina.