Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memulakan siasatan insiden penyalahgunaan nama Perdana Menteri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi e-mel dan laman sesawang bagi meraih sokongan peribadi dan mempromosi perniagaan Bitcoin.
SKMM dalam kenyataan memaklumkan siasatan itu akan dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia bagi mengenal pasti dalang dan sumber yang mengeluarkan e-mel itu.
"SKMM mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik penipuan yang dilakukan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab," menurut kenyataan itu.
Menurut SKMM, kewujudan dan penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya.
Justeru, orang ramai turut diminta tampil membuat aduan sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung isu itu bagi membolehkan tindakan susulan diambil SKMM.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada 22 Julai memaklumkan terdapat dua insiden oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi e-mel dan laman sesawang bagi meraih sokongan peribadi dan mempromosi perniagaan Bitcoin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2019
Orang ramai diminta tampil membuat aduan sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung isu itu bagi membolehkan tindakan susulan diambil SKMM.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Imigresen tumpaskan sindiket Bitcoin didalangi warga China tanpa dokumen
Jabatan Imigresen telah menumpaskan sindiket aktiviti perlombongan wang digital (Bitcoin) yang didalangi dua lelaki warga China dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 19 Jan (semalam) di kawasan
Mata wang kripto: Bank di AS terima amaran daripada agensi monetari negara
Bank di Amerika Syarikat (AS) menerima amaran pertama daripada agensi monetari negara mengenai risiko penularan berkaitan mata wang kripto yang telah bertukar daripada perdagangan sangat menarik lebih
Curi elektrik oleh pelombong Bitcoin meningkat lebih 400%, kata TNB
Rekod menunjukkan sejumlah 7,209 kes dikesan sepanjang empat tahun telah menyebabkan kehilangan lebih 4.5 bilion kilowatt jam.
Bursa AS tinggi, Dow Jones cecah paras rekod
Saham di Wall Street mencatat peningkatan selari dengan saham global susulan peningkatan vaksinasi dan jangkaan Pelan Rangsangan Amerika semakin hampir diluluskan.
Bursa global naik, optimis peningkatan vaksinasi
Peningkatan disokong sikap optimis susulan pelaksanaan lebih banyak program imunisasi COVID-19 dan harapan pelan rangsangan baru di Amerika.
Polis serbu lapan premis 'melombong' Bitcoin di Seri Kembangan
Bunyi bising dan pelik serta bayangan jingga membawa kepada penemuan bilik kedap bunyi yang dijadikan markas perlombongan haram Bitcoin atau wang kripto.
Pelaburan Bitcoin: Dua didakwa tipu tiga wanita RM150,000
Redzuan Ismail dan Adan Ibrahim mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Lebih 10 akaun Twitter individu, organisasi terkemuka digodam
Jumlah akaun yang terbabit dalam godaman ini menjadikan ia insiden security breach terbesar dalam sejarah Twitter.
Kegiatan curi bekalan elektrik premis bitcoin masih berleluasa?
Sebanyak 10 premis bitcoin diserbu di One Kesas, Klang setelah dikesan melakukan kegiatan mencuri bekalan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.
Lebih banyak platform pertukaran mata wang kripto dijangka dibenarkan untuk beroperasi
Luno merupakan platform pertukaran mata wang kripto pertama yang mendapat kelulusan penuh untuk beroperasi di Malaysia.