Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu dalam serbuan untuk mengekang penyalahgunaan media sosial.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM Datuk Mohd Shafie Harun berkata kesemua individu ditahan atas kesalahan menjurus kepada perbuatan menghantar kandungan jelik dan video seks serta lucah melalui aplikasi WhatsApp dan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan niat mengganggu dan menyakitkan hati orang lain.
"Dalam serbuan itu, turut dirampas sejumlah 16 barang kes berupa kad SIM, kad memori, telefon bimbit, cakera keras luaran (external hard disk) dan komputer riba, selain penemuan gambar-gambar lucah dan video seks berkaitan dengan kes-kes yang disiasat.
"Operasi serbuan kali ini tertumpu kepada empat lokasi iaitu di Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Cameron Highlands. Serbuan terbaru ini dibuat selepas pihak SKMM menerima aduan daripada orang ramai dan menyusul hanya seminggu selepas serbuan sama dijalankan di 11 lokasi di beberapa buah negeri yang lain," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Mohd Shafie kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika sabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Kandungan yang diterima dalam telefon pengadu dan kad SIM serta telefon bimbit perlu diserahkan kepada Jabatan Forensik Digital SKMM untuk analisa forensik digital.
Sehingga 30 Mac, SKMM telah menerima 110 kes berkaitan salah guna media sosial, manakala tahun lepas sahaja sebanyak 237 kes direkodkan. Selain itu 710 barang kes disita dari 2018 sehingga 30 Mac ini.
Kes berprofil tinggi seperti penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW atau institusi diraja diberi keutamaan 'satu' untuk diselesaikan dalam dua hingga empat minggu, manakala kes-kes keutamaan 'dua' harus diselesaikan dalam 12 minggu, sementara kes keutamaan 'tiga' dalam 24 minggu.
Dalam pada itu Mohd Shafie berkata kempen advokasi di seluruh negara menerusi program 'Klik Dengan Bijak' akan terus diperhebatkan bagi menyemai penggunaan internet secara berhemah dalam kalangan pengguna media sosial di negara ini.
Pengguna media sosial juga dinasihatkan supaya membuat aduan kepada pihak SKMM sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkenaan dengan isu salah guna media sosial dengan menyalurkan maklumat ke talian 1800-188-030, email ([email protected]). WhatsApp (016-2206 262), SMS (15888) dan Twitter (@MCMCReact).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2019
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika sabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. - Gambar hiasan
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Kini, nampaknya Meta mula mengorak langkah bukan sahaja melalui OS
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
PELAKON Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
MCMC siasat pengasas produk kecantikan, selebriti
MCMC dengan kerjasama polis telah menjalankan siasatan terhadap tiga individu yang memuat naik kandungan berunsur sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok baru-baru ini.
SKMM tahan tiga individu salah guna media sosial
Kesemua individu ditahan atas kesalahan menghantar kandungan jelik dan video seks serta lucah melalui aplikasi WhatsApp dan SMS.
Didakwa sebar kandungan jelik, SKMM siasat Nga Kor Ming
Serbuan dijalankan sekitar 3 petang di Ayer Tawar, Taiping dan Ipoh susulan aduan terhadap Timbalan Setiausaha Agung DAP itu dan beberapa peralatan komunikasi telah dirampas untuk siasatan lanjut.