Pelumba haram atau 'mat rempit' di negeri ini yang sering menjadikan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) terutama laluan Alor Setar-Pendang medan perlumbaan, kini 'diperhatikan' pasukan khas polis.

Kumpulan itu yang sering menunggang secara melulu dan berbahaya diburu Skuad Unit Risikan Operasi (Skuad 42) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Diketuai Inspektor Isalihin Bohyamin, skuad itu kerap melakukan operasi dalam usaha memerangi aktiviti 'rempit' dan lumba haram, terutama membabitkan golongan remaja.

Terbaharu, dalam Op Samseng Jalanan, empat penunggang motosikal berusia 18 hingga 20 tahun ditahan ketika sedang berlumba di Kilometer 65 hingga 60 PLUS jam 1.05 pagi Selasa.

Ketua JSPT Kedah, Superintendan Chuah Seong Lim, berkata keempat-empat mereka menunggang dengan berbahaya tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata, tindakan mereka boleh mengakibatkan kemalangan.

"Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Selain itu, dalam operasi sama, pasukan Skuad 42 itu turut mengeluarkan 12 saman iaitu satu kerana kesalahan tidak mempamerkan pelekat "P", tiada lesen (tiga), ubah suai motosikal (tiga), cermin sisi (satu), tiada nombor pendaftaran (dua) serta tiada cukai jalan dan insuran (dua)," katanya.

Pertengahan bulan lalu, Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, dilaporkan berkata, Skuad 42 akan meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan lumba haram dan aktiviti konvoi bermotosikal, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurutnya, skuad itu juga diberi tugas untuk membendung aktiviti samseng jalanan.