Polis menasihatkan Kumpulan Skuad Badar yang membanteras gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Islam agar tidak melakukan tindakan yang bertentangan dengan undang-undang negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, kumpulan terbabit bukan badan penguatkuasa agama yang sah dan tidak mempunyai kuasa menjalankan sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan.

“Perlu ditegaskan bahawa mana-mana kumpulan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dikira pertubuhan haram dan akan diambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang terbabit,” katanya dalam kenyataan,

BACA: Presiden, ahli Skuad Badar ditahan reman

Presiden Skuad Badar, Azhar Mohamad sebelum ini menjelaskan skuad itu bakal diaktifkan semula dan kegiatan mereka akan diperluaskan ke seluruh negara sebagai usaha membanteras gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Islam.

Azhar dilaporkan berkata gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini semakin membimbangkan.