Berikut adalah soalan lazim (FAQ) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

A. SOALAN UMUM MENGENAI PERMOHONAN SYARIKAT

1. Adakah kebenaran beroperasi yang diumumkan Perdana Menteri terpakai kepada syarikat yang permohonannya ditolak sebelum ini atau sedang menunggu keputusan rayuan?

Ya, semua syarikat yang telah membuat permohonan tidak kira status keputusan boleh memulakan operasi pada 4 Mei 2020, kecuali jika ianya tersenarai di bawah aktiviti yang dilarang yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

B. SOALAN UMUM MENGENAI OPERASI SYARIKAT

2. Bolehkah saya beroperasi tanpa surat kelulusan MITI?

Ya. Seperti yang diumumkan Perdana Menteri pada 1 Mei, 2020, semua syarikat, kecuali di dalam senarai yang dilarang yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), boleh beroperasi bermula 4 Mei 2020. Syarikat-syarikat tidak lagi perlu untuk membuat permohonan kepada MITI.

3. Adakah wajib syarikat saya membuat pengisytiharan dan ikrar akujanji pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada MITI?

Pengisytiharan ini bukanlah satu bentuk permohonan baharu dan boleh dilakukan atas dasar sukarela. Ia bertujuan untuk merekodkan maklumat dan komitmen syarikat dalam mematuhi SOP yang ditetapkan. Selepas proses pengisian maklumat dan persetujuan akujanji, syarikat boleh memuat turun surat pengesahan yang boleh dipamerkan di premis masing-masing sebagai tanda syarikat anda memberi komitmen yang penuh untuk patuh kepada SOP yang ditetapkan. Syarikat-syarikat yang telah membuat pengisian maklumat dan bersetuju dengan akujanji pematuhan SOP juga akan disenaraikan secara dalam talian. Walaupun tidak wajib, surat yang dipamerkan ini mungkin dapat memberi keyakinan kepada pelanggan yang ingin berurusan dengan syarikat anda. 2 Pengisian maklumat dan persetujuan akujanji pematuhan SOP ini boleh dilakukan di notification.miti.gov.my bermula 4 Mei sehingga 12 Mei 2020.

4. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan sebelum membuka syarikat/ premis perniagaan saya?

Syarikat perlu membaca dan memahami SOP yang ditetapkan bagi setiap sektor. Amalan-amalan di dalam SOP tersebut perlu dilaksanakan majikan sebelum memulakan operasi. Tatacara keselamatan kesihatan pekerja seperti penjarakan sosial perlu dipatuhi. Amnya, syarikat/ premis boleh mengikut tatacara seperti di bawah:

i. Pemakaian topeng muka oleh setiap pekerja di kawasan umum adalah diwajibkan.

ii. Memastikan garis panduan amalan terbaik sosial / penjarakan sosial disediakan seperti tanda jarak 1 meter di lantai, meja dan kerusi dan dilaksanakan khususnya di: - kawasan-kawasan seperti kawasan pengeluaran, - kafeteria / kantin, - bilik mesyuarat, - surau, - dewan serba guna - dan lain-lain yang berkenaan

iii. Pekerja kantin, pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan serta lain-lain yang berkenaan perlu mematuhi tatacara yang disediakan syarikat.

iv. Kemudahan surau dan tempat ibadat dalam premis perlu dikawal dengan amalan dua orang pada satu masa.

vi. Waktu rehat makan hendaklah dilaksanakan secara berperingkat bergantung kesesuaian yang ditetapkan syarikat.

vii. Bagi kenderaan pengangkutan pekerja yang disediakan oleh syarikat, ianya perlu menjalani proses pembasmian kuman dan nyah kuman setiap kali sebelum digunakan.

viii. Penjarakan sosial (secara selang seli) semasa berada dalam kenderaan.

ix. Kenderaan persendirian digalakkan untuk disanitasi sendiri oleh pekerja mengikut tatacara yang bersesuaian.

x. Penjarakan sosial juga hendaklah dilaksanakan di kawasan tempat tidur, tandas, bilik mandi, tempat ibadat, ruang makan dan lain-lain.

xi. Proses pembasmian tempat tinggal perlu dilakukan setiap hari mengikut masa yang ditetapkan majikan.

5. Apakah yang perlu saya lakukan sebelum membenarkan pekerja-pekerja saya bekerja?

Syarikat perlu membaca dan memahami Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi setiap sektor sebelum melaksanakan langkah-langkah di dalam SOP tersebut. Majikan juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dan mengikut kesesuaian, bagi memastikan makluman arahan bekerja serta persediaan yang perlu dilakukan diberikan awal kepada pekerja. Untuk sebarang isu berkenaan Sumber Manusia, syarikat boleh merujuk kepada Kementerian Sumber Manusia melalui [email protected] atau [email protected].

6. Berapakah bilangan pekerja yang dibenarkan bekerja?

Syarikat boleh beroperasi pada kapasiti tenaga kerja mengikut kebiasaan. Namun, syarikat/ premis harus berkeupayaan untuk mengamalkan penjarakan sosial dan mengaplikasikan tatacara keselamatan kesihatan pekerja. Syarikat wajib mematuhi semua SOP yang ditetapkan sepanjang operasi dijalankan.

7. Bolehkah saya membuat sistem rotation (giliran) untuk jadual pekerja saya?

Boleh, terpulang kepada pengurusan syarikat masing-masing. Namun, seperti yang disarankan YAB Perdana Menteri, syarikat digalakkan untuk mempraktikkan polisi bekerja dari rumah mengikut kesesuaian.

8. Apakah waktu operasi syarikat yang dibenarkan?

Syarikat boleh beroperasi mengikut waktu operasi seperti di SOP sektor masing-masing.

9. Adakah syarikat di dalam zon merah dibenarkan beroperasi?

Syarikat dibenarkan beroperasi di semua kawasan kecuali kawasan yang telah 4 diisytiharkan sebagai kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

10. Bagaimanakah syarikat boleh melaporkan status pematuhan syarat-syarat beroperasi yang ditetapkan?

Syarikat boleh melaporkan status pematuhan syarat-syarat kebenaran beroperasi yang ditetapkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) melalui http://survey.dosh.gov.my/laporanhariancovid19.

11. Adakah kenderaan pekerja dan kenderaan syarikat dibenarkan melintasi sempadan daerah/zon yang dibenarkan?

Dibenarkan hanya untuk urusan kerja.

12. Bolehkah syarikat membuat pergerakan dengan kenderaan syarikat melepasi sempadan negeri?

Boleh.

Proses sanitasi dan pembersihan perlu dilaksanakan tiga (3) kali sehari terutamanya di kawasan umum (common space) seperti:

- lobi,

- lif,

- kafeteria,

- bilik mesyuarat,

- surau,

- bas/pengangkutan pekerja,

- pusat rekreasi tertutup,

- tandas dan

- tempat pembuangan sampah / tong sampah.

Syarikat hendaklah menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman di kilang/premis setiap kali sebelum syif atau operasi bermula. Syarikat juga hendaklah menyediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer)/ kit pembasmi kuman (disinfecting kits) di pintu masuk, semua kawasan umum (common area) dan tempat-tempat lain di dalam kilang/premis.

14. Adakah syarikat perlu menanggung kos nyah kuman (disinfection) premis dan kenderaan syarikat?

Ya, bagi premis dan kenderaan syarikat (bas/ van kilang).

15. Bagaimanakah tatacara keselamatan kesihatan pekerja (seperti penjarakan sosial) perlu dilakukan di tempat kerja sebelum memulakan operasi dan semasa beroperasi?

Syarikat perlu membaca dan memahami Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi setiap sektor. Amalan serta tatacara di dalam SOP tersebut perlu dilakukan majikan sebelum memulakan operasi. Rujuk soalan 4 untuk tatacara yang lebih lanjut.

C. SUMBER MANUSIA

16. Apakah yang perlu syarikat saya lakukan sekiranya terdapat kes jangkitan Covid-19 di kalangan pekerja?

Sebaik sahaja syarikat memulakan operasi, syarikat perlu mewujudkan Jawatankuasa Protokol Tindak Balas Kecemasan bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara mengurus kes disyaki ataupun kes disahkan jangkitan COVID-19. Sekiranya mana-mana pekerja yang disaring sebelum masuk bekerja dan jika didapati demam ataupun mempunyai gejala COVID-19, mereka tidak dibenarkan masuk ke tempat kerja dan perlu dihantar dan dirujuk ke Klinik Panel Syarikat (ataupun ke Klinik Kesihatan Kerajaan jika syarikat tidak mempunyai klinik panel). Mana-mana pekerja, selepas pemeriksaan oleh doktor dan jika disyaki mempunyai gejala jangkitan COVID-19, maka pekerja berkenaan perlu dirujuk ke hospital kerajaan berdekatan. Sebarang arahan dan keperluan untuk tujuan penahanan di wad akan dimaklumkan oleh pihak hospital yang memeriksa, manakala sebarang keperluan arahan kuarantin ataupun sebarang keperluan aktiviti pengesanan kontak di kalangan para pekerja yang lain, hanya akan dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan kepada pihak majikan. Majikan juga berperanan untuk melaporkan sebarang kejadian ketidakhadiran pekerja melebihi 5 peratus dari jumlah keseluruhan pekerja, pada suatu masa kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.

17. Bolehkah syarikat memulakan operasi mereka dengan serta-merta atau adakah semua pekerja syarikat wajib melalui pemeriksaan kesihatan Covid-19 terlebih dahulu?

Syarikat boleh memulakan operasi pada 4 Mei 2020 tanpa surat kelulusan MITI dan saringan pekerja adalah tidak wajib. Majikan boleh memanfaatkan Program Saringan PERKESO dan maklumat lanjut tentang Program ini boleh didapati melalui pautan https://prihatin.perkeso.gov.my. Program saringan kesihatan bagi COVID-19 ini diberi secara PERCUMA kepada pekerja bagi majikan yang berdaftar dengan PERKESO. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi PERKESO melalui talian 03-42645555 / 03-80915100 / 1-300-22- 8000. Namun begitu untuk para pekerja asing (bukan warganegara) bagi industri pembinaan adalah diwajibkan untuk menjalani ujian COVID-19 melalui Program Saringan PERKESO, seperti mana dinyatakan dalam SOP Industri Pembinaan. Manakala bagi para pekerja asing (bukan warganegara) bagi lain-lain sektor industri, majikan perlu mengikuti arahan dan pengumuman kerajaan dari semasa ke semasa.

18. Adakah kos perubatan pekerja yang dijangkiti Covid-19 perlu ditanggung majikan?

Jika pekerja, sama ada pekerja tempatan atau pekerja asing yang didaftarkan dijangkiti COVID-19, rawatan perlu dilakukan di Hospital Kerajaan dan kos perubatan akan ditanggung Kerajaan. Bagi individu yang dikesan mempunyai kontak dengan pesakit, individu tersebut perlu menjalani kuarantin di mengikut perintah kuarantin tertakluk kepada ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika pekerja (yang menjadi kontak rapat akibat bekerja) perlu dikuarantin di tempat lain selain hospital Kerajaan dan rumah sendiri, kos penyediaan pusat kuarantin perlu ditanggung oleh majikan.

19. Sekiranya pekerja saya yang bukan warganegara mempunyai simptom Covid-19, bolehkan mereka dirujuk ke Hospital Kerajaan untuk saringan atau rawatan.

Jika pekerja, sama ada pekerja tempatan atau pekerja asing yang didaftarkan, dijangkiti COVID-19, rawatan perlu dilakukan di Hospital Kerajaan dan kos perubatan akan ditanggung Kerajaan, termasuk warga asing (sekiranya ujian mengesahkan COVID-19). Bagi individu yang dikesan mempunyai kontak dengan pesakit, individu tersebut perlu menjalani kuarantin di mengikut perintah kuarantin tertakluk kepada ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika pekerja (yang menjadi kontak rapat akibat bekerja) perlu dikuarantin di tempat lain selain Hospital Kerajaan dan rumah sendiri, kos penyediaan pusat kuarantin perlu ditanggung oleh majikan. Sebarang kos lain yang berkaitan logistik lainlain di luar dari fasiliti Hospital Kerajaan atau Klinik Kerajaan, juga adalah ditanggung oleh majikan.

20. Bolehkah pekerja menolak arahan bekerja daripada syarikat dan apa tindakan yang boleh diambil majikan?

Syarikat perlu merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan boleh menghubungi JTK melalui alamat e-mel di [email protected] atau 7 [email protected].

21. Majikan saya tidak mematuhi SOP yang ditetapkan. Apa perlu saya lakukan?

Ketidakpatuhan SOP adalah satu kesalahan undang-undang. Aduan mengenai ketidakpatuhan SOP boleh dibuat secara terus kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti berikut:

i. Aduan mengenai premis perniagaan/peruncitan dipanjangkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

ii. Aduan mengenai kilang-kilang atau pengusaha sektor pembuatan boleh dipanjangkan kepada MITI di [email protected].

iii. Aduan mengenai premis makanan (restoran, medan selera, pusat penjaja dll) dipanjangkan kepada PBT. iv. Aduan mengenai penginapan asrama/ CLQ boleh dipanjangkan kepada Jabatan Tenaga Kerja di [email protected], [email protected], [email protected].

v. Aduan mengenai tapak bina/premis boleh dipanjangkan kepada Kementerian Kerja Raya di www.kkr.gov.my .

vi. Aduan mengenai syarikat kawalan keselamatan swasta dipanjangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Bagi sektor-sektor lain, boleh merujuk/ menghubungi Kementerian/agensi berkaitan.

D. BERKENAAN TATACARA PENGESAHAN SIJIL TEMPASAL BERKEUTAMAAN

22. Apakah jenis borang Sijil Tempasal Berkeutamaan (Preferential Certificate of Origin (PCO) yang dibenarkan bagi tatacara ini?

23. Bagaimana pula pengesahan ke atas PCO secara elektronik yang di laksanakan oleh MITI baru-baru ini?

Hanya terpakai kepada skim berikut:

Bagi skim ATIGA (Form D), pengesahan ke atas borang (paper-based) ditangguhkan sehingga Prosedur Pensijilan Operasi (OCP) baharu ATIGA berkuatkuasa (dijangka pada 1 September 2020). Mohon rujuk perkara 6 untuk pengesahan semasa.


24. Bilakah tempoh tatacara ini berkuatkuasa?

Mulai 4 Mei 2020.

25. Adakah kaunter Menara MITI/Pejabat MITI Wilayah telah dibuka seperti biasa untuk tatacara ini?

Tidak. Pengesahan PCO masih dilaksanakan secara back-office sepanjang tempoh ini.

26. Adakah PCO Form D ATIGA dibenarkan untuk pengesahan secara manual atau elektronik?

Tidak. Syarikat hendaklah menggunakan platform e-Form D.

27. Jadi, bagaimana syarikat hendak membuat pengesahan Form D ATIGA?

Rujuk gambarajah di https://www.miti.gov.my/miti/resources/MCO%20FAQ/Soalan_Lazim_MITI_(PKPB)_-_8_Mei_2020.pdf

28. Pelabuhan negara pengimport tidak menerima pengesahan e-Form D ATIGA di bawah platform ASW, apa yang perlu syarikat lakukan?

Rujuk senarai pelabuhan di Lampiran A.11 dan A.12.

29. Kastam negara pengimport tidak menerima data transaksi e-Form D ATIGA daripada MITI, apa yang perlu syarikat lakukan?

Emelkan kepada [email protected] dan [email protected] serta salinan kepada [email protected]. Syarikat juga boleh menghubungi Careline DagangNet di talian 1-300-133-133.

30. Perlukah syarikat menunggu di Menara MITI/Pejabat MITI Wilayah bagi mendapatkan semula PCO yang telah disahkan?

Tidak perlu.

31. Bolehkah syarikat menghantar PCO selain daripada hari dan waktu yang ditetapkan?

Tidak boleh.

32. Bolehkah syarikat mengambil semula PCO pada hari yang sama?

Tidak.

Sila rujuk gambar rajah Rujuk gambarajah di https://www.miti.gov.my/miti/resources/MCO%20FAQ/Soalan_Lazim_MITI_(PKPB)_-_8_Mei_2020.pdf untuk jadual tatacara yang terlibat:

33. Adakah syarikat dibenarkan untuk membuat penghantaran PCO secara kurier ke MITI/Pejabat MITI Wilayah?

Menara Dibenarkan kecuali Pejabat MITI Melaka. Syarikat perlu melampirkan sampul surat prabayar bersaiz A4 yang lengkap bersetem dengan alamat sendiri bagi tujuan pemulangan PCO.

34. Bagaimana pula dengan kurier ke Pejabat MITI Melaka?

Tidak dibenarkan. Hanya permohonan pengesahan PCO secara serahan tangan sahaja dibenarkan.

35. Saya telah menghantar PCO seperti jadual ditetapkan tetapi mengapa PCO tersebut tidak disahkan?

Syarikat boleh merujuk kepada catatan yang dilampirkan bersama PCO bagi justifikasi penolakan pengesahan.

36. Justifikasi yang diberikan kurang jelas. Bolehkah syarikat membuat temujanji bersama pegawai untuk mendapatkan maklumat lanjut?

Tidak. Syarikat boleh mengemukakan pertanyaan melalui e-mel [email protected]

37. Saya turut mempunyai soalan berkenaan Non-Preferential Certificate of Origin (NPCO), bagaimana untuk saya menghubungi pegawai MITI?

Syarikat boleh mengemukakan pertanyaan melalui e-mel [email protected]

38. Saya tidak dapat memuat naik dokumen pada sistem ePCO semasa permohonan PCO/Cost Analysis (CA).

Bagi sebarang bantuan teknikal untuk sistem ePCO, syarikat boleh menghubungi Careline DagangNet yang beroperasi 24 jam di talian 1-300-133- 133 atau melalui e-mel [email protected]

39. Adakah tatacara ini turut akan disambung sekiranya tempoh PKPB atau PKP dilanjutkan oleh Kerajaan?

Pihak syarikat di mohon untuk sentiasa merujuk kepada kemas kini pemakluman MITI di laman sesawang dan platform media sosial dari masa ke semasa.

Catatan:

1) Adalah menjadi tanggungjawab bersama semua pihak untuk memahami dan mematuhi semua arahan semasa pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga SOP Pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk sama-sama mengurangkan risiko dan membendung penularan pandemik Covid-19 ini.

2) Sebarang perubahan terkini sejajar dengan arahan terbaru pihak MKN dan KKM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Soalan lazim (FAQ) ini boleh dirujuk di https://www.miti.gov.my/miti/resources/MCO%20FAQ/Soalan_Lazim_MITI_(PKPB)_-_8_Mei_2020.pdf

-- BERNAMA