Bagi mengaburi mata pihak berkuasa individu tidak bertanggungjawab menggunakan van dan motosikal untuk menyembunyikan dadah malah menyorokkan sebahagian daripadanya di celah seluar dalam.
Bagaimanapun, helah itu berjaya dihidu pihak polis ekoran penahanan seorang lelaki berusia 31 tahun di Kampung Kepong pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, dalam serbuan kira-kira jam 5 petang itu, pihak polis menemui pelbagai jenis dadah di dalam kenderaan tersebut.
Menurut Suffian, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya menemui dadah dipercayai syabu dan pil kuda yang disorokkan di dalam kulit pintu serta penutup tangki minyak.
“Mereka menyorokkan dadah dalam pintu kereta, dalam tayar ‘spare’ mahupun di dalam ‘speaker'. Mereka mengubah suai agar mereka boleh terus menyorokkan dadah di tempat-tempat tersebut.
“Ini bukanlah idea yang baru kerana pegawai-pegawai narkotik kita sudah masak dengan kejadian seperti ini. Fokus utama apabila merampas kenderaan adalah di bahagian-bahagian seperti ini,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPK) Kuala Terengganu hari ini.
Tamba Suffian, pemeriksaan lanjut ke atas dua buah motosikal turut membawa penemuan beberapa botol ubat batuk serta wang tunai kira-kira RM14,000.
Jelasnya, pihaknya turut menyita dan merampas sebuah Nissan Navara, van Vanette, sebuah motosikal jenis Ex-5 dan 125-Z yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah.
Sementara it, dalam tangkapan berasingan pihaknya berjaya menahan seorang penganggur bersama lima botol serbuk putih yang dipercayai dadah jenis heroin.
Katanya, suspek berusia 47 tahun itu di tahan kira-kira jam 11.50 pagi, pada Ahad.
“Dua botol heroin itu disorok dalam seluar dalamnya. Kesemua rampasan dadah tersebut di anggarkan bernilai RM12,000."
Kedua-dua suspek di tahan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sharom Abu Bakar
Tue Jan 30 2018
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, dalam serbuan kira-kira jam 5 petang itu, pihak polis menemui pelbagai jenis dadah di dalam kenderaan tersebut. Foto: Astro AWANI
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.
AS catat 109,000 kes kematian akibat ambil dadah berlebihan pada 2022 - CDC
Hampir 70 peratus daripada jumlah itu melibatkan opioid sintetik selain metadon dan fentanyl yang dikeluarkan secara haram.