Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung harga RM2.7 bilion yang perlu dibayar untuk mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (Splash).
Bekas menteri besar Selangor itu menarik perhatian bahawa rundingan masih dilakukan berhubung pengambilalihan dan penstrukturan semula industri air di Selangor melibatkan kerajaan negeri dan syarikat berkenaan.
"Apabila saya meninggalkan negeri itu selepas pilihan raya, proses rundingan telah dilanjutkan sehingga 4 Julai dengan persetujuan bersama kerajaan persekutuan dan negeri.
"Saya dimaklumkan bahawa ia dilanjutkan untuk sebulan lagi dengan kelulusan Kabinet," katanya di lobi Parlimen pada Khamis ketika mengulas dakwaan Najib bahawa kerajaan Selangor akan membeli Splash pada harga RM2.7 bilion.
Menurutnya, proses rundingan antara pihak berkaitan diteruskan di bawah Menteri Besar baharu, Amirudin Shari.
Menurut Mohamed Azmin, kerajaan pusat terdahulu telah mendapatkan khidmat seorang penilai bebas tetapi "kita tidak tahu nilai yang disebut oleh penilai bebas itu".
"Tetapi sekarang saya yakin kerajaan negeri ini mempunyai akses kepada semua maklumat ini dan mereka perlu duduk, berbincang dan memutuskan nilai sebenar yang perlu dibayar kepada Splash. Tetapi saya bukan sebahagian daripada pasukan yang sertai dalam proses rundingan ini," katanya.
Beliau pada masa sama menegaskan kepentingan rakyat Selangor perlu dijaga supaya tidak dibebankan dengan kadar tarif yang tinggi susulan pengambilalihan Splash.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A. Xavier Jayakumar ketika diminta mengulas perkara itu, berkata pengumuman mengenai perkembangan terkini isu penstrukturan air itu hanya akan dibuat setelah rundingan antara pihak berkaitan selesai.
"Saya masih mahu pihak terlibat mematuhi tarikh akhir iaitu 10 Ogos ini.... saya berpendapat pengumuman akan dibuat dalam masa beberapa hari lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 02 2018
Mohamed Azmin menegaskan kepentingan rakyat Selangor perlu dijaga supaya tidak dibebankan dengan kadar tarif yang tinggi susulan pengambilalihan Splash.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek