Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat laporan polis terhadap calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, M. Manogaran.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, suruhanjaya itu berkata laporan itu dibuat berikutan tindakan Manogaran memasuki pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Senderut, Hulu Jelai pada hari pengundian dengan memakai baju yang mempunyai logo parti.
Jelasnya, tindakan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954 dan laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Balai Polis Sungai Koyan.
Kenyataan turut menyatakan bahawa SPR juga telah mengambil tindakan yang serupa terhadap pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan penubuhan barung-barung oleh parti pada hari mengundi.
BACA: Calon PH diarah keluar pusat undi
BACA: Manogaran sengaja cabar Akta SPR - Ismail Sabri
Katanya tiga laporan polis dibuat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya melibatkan sembilan pusat mengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata dan satu laporan polis melibatkan pusat mengundi di DUN Jelai.
SPR juga menekankan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 28 2019
M. Manogaran diarah keluar dari sebuah pusat mengundi di sini oleh pegawai SPR. - Gambar fail
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Dialog Tiga Penjuru: Dah Daftar PADU?
Apa cara nak yakinkan dan beri jaminan kepada orang ramai berkaitan pendaftaran PADU adalah selamat daripada ancaman serangan siber?
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
PRU15: Siti Aishah azam perhebat kemudahan sukan
Kawasan Bagan Serai masih jauh ketinggalan dengan kebanyakan fasiliti sukannya tidak memenuhi keperluan semasa generasi muda negara.
PRN Melaka: Ejen tidak dibenarkan masuk, calon PH buat laporan polis
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.04 Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Muhammad ASri Ibrahim membuat laporan polis pada Selasa.
PRK Tanjung Piai: Karmaine optimis aura Tun M mampu bantu kemenangan PH
Beliau berkata Dr Mahathir dikenali sebagai negarawan ulung, baik di dalam mahupun luar negara.
Streram nafi PH cuba bunuh karakter Tok Mat
Calon Pakatan Harapan (PH), Dr S.Streram menafikan parti itu cuba membunuh karakter lawannya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan
Dr Streram mahu 'biuskan' orang BN seperti Najib
Calon Pakatan Harapan (PH), Dr S.Streram membidas kenyataan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mempersenda pekerjaannya sebagai 'pakar bius'.
Streram nafi ada majlis solat hajat dan bacaan Yasin untuknya
Calon Pakatan Harapan (PH) Dr. S Streram menafikan jentera pilihan raya parti itu mengadakan majlis solat hajat dan bacaan yasin untuknya.