Tutup

SPR sasar 80 peratus anggota tentera dan polis keluar undi awal

SPR sasar 80 peratus anggota tentera dan polis keluar undi awal
Azhar Harun memerhati proses pengundian awal di pusat pengundian awal Pangkalan Udara Bandar Sri Sendaya, Negeri Sembilan. - Gambar Astro AWANI / SHAHIR OMAR
SEREMBAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan pemilih berdaftar melibatkan anggota tentera dan polis dalam proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah sebanyak 80 peratus.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya berharap sasaran berkenaan dapat dicapai selepas tamat tempoh mengundi pada pukul 12 tengah hari.
“Sasaran 80 peratus dapat dicapai. Undi awal berjalan lancar hasil pemantauan saya. Jumlah undi awal sebenarnya tak banyak pun, daripada 118, (sebanyak) 110 mengundi (awal) dan lapan undi pos.

“Daripada jumlah itu, 74 tentera mengundi di saluran di kem tentera dan 36 di sini (Balai Polis Rantau),” katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas meninjau saluran mengundi menjelang hari pengundian awal di Balai Polis Rantau pagi tadi.

Turut hadir Timbalan Pengerusi, Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar.

Seramai 110 orang daripada jumlah keseluruhan 118 orang pengundi awal bagi PRK Rantau Pilihan akan mengundi pada hari ini.

Mereka merupakan 74 orang anggota tentera serta pasangan yang akan mengundi di Pangkalan Udara Sendayan dan 36 orang anggota polis yang akan mengundi di Balai Polis Rantau.

Baki seramai lapan orang pengundi yang terdiri daripada tentera akan mengundi secara pos.

Kedua-dua pusat pengundian awal akan dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup pada jam 12 tengah hari.


Tag: Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, PRK Rantau



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.