Tutup

SPRM buat laporan polis berhubung ciapan palsu guna nama Latheefa Koya

SPRM buat laporan polis berhubung ciapan palsu guna nama Latheefa Koya
SPRM ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menular ciapan palsu itu - Foto Fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung ciapan para jemaah haji ditaja menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi Twitter bawah nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya yang tular sejak beberapa hari lalu.

Dalam kenyataan media pada Rabu, SPRM menegaskan bahawa ciapan tersebut palsu yang ditular untuk menjatuhkan imej suruhanjaya itu dan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
"Susulan itu, SPRM telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada 24 Jun lalu.

"SPRM memandang serius terhadap dakwaan berkenaan kerana ia boleh menimbulkan panik dan keresahan di kalangan masyarakat.
"SPRM ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menular ciapan palsu itu dan berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menjalankan siasatan ke atas perkara berkenaan supaya tindakan tidak bertanggungjawab ini tidak berulang lagi," jelas kenyataan tersebut.

BACA: 'Arahan pulang semula wang tajaan tunai haji?' - Ini reaksi KP SPRM

SPRM menegaskan bahawa ciapan tersebut palsu yang ditular untuk menjatuhkan imej suruhanjaya dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.


Tag: semak fakta, fact checker, sprm, 1mdb, latheefa koya, Polis Diraja Malaysia, PDRM



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.