Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah kediaman Pengerusi Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh pada petang Jumaat.

Kenderaan SPRM dilihat memasuki taman perumahan di Sungai Puyu dekat sini kira kira jam 5.35 petang dan kemudian keluar dari kawasan itu kira-kira jam 7.05 petang.

Boon Poh yang ditahan SPRM itu pada jam 3 petang Jumaat turut dibawa ke rumahnya untuk mencari dokumen berkaitan kilang haram memproses serbuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh.

Beliau yang juga Adun Sungai Puyu ditahan ketika sedang memberi keterangan berhubung isu tersebut.


Penahanan Booh Poh dibuat selepas SPRM menyerbu Pejabat Jabatan Perlesenan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan kilang haram terbabit pada Khamis.