Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggunakan Akta Percukaian Negara bagi memperkukuh usaha membanteras golongan perasuah, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.
Inisiatif terbaharu memerangi rasuah dan salah guna kuasa itu terhasil melalui perjanjian antara SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dimeterai melalui Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di sini hari ini.
Beliau berkata penggunaan akta tersebut akan memastikan perasuah tidak sewenang-wenangnya merasa bebas apabila Akta SPRM dan Akta Penggubahan Wang Haram yang digunakan suruhanjaya itu ketika ini gagal bertindak ke atas mereka.
"Golongan perasuah beranggapan mereka tidak perlu mengisytihar pendapatan kepada SPRM tetapi mungkin lupa perkara itu tidak boleh berlaku jika babitkan LHDN.
"Mereka kena ingat LHDN tidak mengira daripada mana sumber itu diperoleh sama ada secara halal atau haram...jadi, hasil dari rasuah juga dikira sebagai hasil yang perlu dicukaikan," katanya ketika berucap sebelum menyaksikan majlis menandatangi ikrar tersebut di ibu pejabat LHDN di sini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Sabin Samitah.
Dzulkifli berkata penggunaan ketiga-tiga akta tersebut diyakini akan membantu serta memperkasa usaha SPRM membanteras rasuah, sekaligus satu amaran kepada golongan perasuah bahawa mereka tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
Mengenai ikrar yang ditandatangi, beliau berkata selain mencatat sejarah sebagai agensi kerajaan pertama menandatangi IBR, ia juga akan memastikan kedua-dua agensi dapat bekerjasama lebih rapat dalam membanteras rasuah dan berkongsi maklumat mengenai kes yang sedang disiasat.
Dzulkifli berkata langkah kepimpinan LHDN dan warganya menandatangani IBR memperlihatkan keikhlasan, komitmen dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas rasuah.
Dalam pada itu, Sabin berkata LHDN sebagai organisasi dengan status 'self-financed' mempunyai kawalan penuh ke atas pengurusan kewangan dan sumber manusia, sekaligus menjadikan risiko penyelewengan boleh wujud seperti dalam urusan pembekalan.
Beliau berkata agensi itu juga mempunyai tanggungjawab besar untuk mengutip cukai yang sepatutnya bagi memastikan negara dapat dibangunkan dengan sempurna serta membantu mewujudkan 'a level playing field' dalam persekitaran ekonomi negara.
Bagi mengutip cukai yang sepatutnya, katanya, LHDN menghadapi cabaran yang khusus iaitu memastikan tahap kepatuhan cukai yang maksimum, mengurangkan ketirisan cukai dan membesarkan asas cukai berlandaskan peruntukan perundangan Akta Cukai Pendapatan 1967 di samping perundangan lain yang berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2017
DZULKIFLI: SPRM akan menggunakan Akta Percukaian Negara bagi memperkukuh usaha membanteras golongan perasuah. - Gambar fail
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Kartel daging import haram: Tiada anggota KPDNHEP terlibat
Tiada anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terlibat dalam kes kartel daging import haram yang dibongkar di Senai, Johor baru-baru ini.
SPRM guna Akta Percukaian perkukuh usaha banteras rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggunakan Akta Percukaian Negara bagi memperkukuh usaha membanteras golongan perasuah, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.