Tutup

SPRM kesan dua lelaki bantu siasatan

SPRM kesan dua lelaki bantu siasatan
Dua lelaki yang sedang dikesan SPRM ini dikehendaki untuk membantu siasatan dua kes berasingan. - Gambar ihsan SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon kerjasama orang ramai membantu mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan.

Dalam satu kenyataan media, SPRM memaklumkan dua lelaki yang sedang dikesan itu diperlukan untuk membantu siasatan pihaknya dalam dua kes berasingan.

"Lelaki pertama yang dikesan ialah Loh Kang San, 51 tahun, yang mempunyai alamat terakhir di 10-1, Blok C, PPR Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor," kata kenyataan itu.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, P/PsK Mohd Shokray Yahaya di talian 019- 623 6680.
"Bagi kes kedua, lelaki yang dikesan ialah Kaliswaran@Ananth A/L R. Kathavarayan, 52 tahun, yang mempunyai alamat terakhir di No.76, Lorong Bandar 3, Taman Bukit Desa, Jalan Klang Lama, 58100, Kuala Lumpur," kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Ps Abdul Rahim Sulaiman di talian 019-323 0052 atau 03-8870 0497 atau e-mel kepada rahim.sulaiman@sprm.gov.my.