Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta agar satu undang-undang yang mewajibkan Ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka digubal.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata undang-undang itu boleh dikuatkuasakan tahun depan jika pihak berkaitan berusaha untuk menjadikan ia suatu realiti.
Bercakap dalam satu wawancara di MACC.fm (My Anti-Corruption Channel) hari ini, beliau berkata rang undang-undang itu boleh dibentangkan di Parlimen seawal hujung tahun ini jika semuanya berjalan lancar.
Shamshun Baharin berkata tanpa undang-undang yang mewajibkan pengisytiharan harta itu, SPRM hanya memainkan peranan sebagai 'penjaga' sekiranya borang pengisytiharan harta diserahkan kepadanya.
Jika Ahli Parlimen tidak mengisytiharkan harta mereka, hanya Parlimen boleh mengambil tindakan terhadap mereka dan hukumannya tidak begitu keras, kata beliau.
"Buat masa ini, kita tidak mempunyai satu undang-undang khas (yang mewajibkan pengisytiharan harta), jadi kita tidak boleh melakukan sebarang pengesahan berhubung dokumen pengisytiharan yang kami terima.
"Jika isu rasuah timbul susulan pengisytiharan harta itu, kami akan mengguna pakai peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 untuk melakukan siasatan," katanya sambil menambah bahawa pengisytiharan harta semasa hanya dikawal oleh Kod Etika Ahli Parlimen.
Shamshun Baharin berkata Ahli Parlimen perlu turut menzahirkan sokongan penuh terhadap undang-undang yang dicadangkan itu.
Pada Julai tahun lepas, Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan usul yang mewajibkan semua Ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka dan harta isteri atau suami, anak-anak serta pemegang amanah masing-masing menerusi akuan berkanun.
Pada Mac lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan semua menteri Kabinet untuk mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM selaras dengan komitmen kerajaan dalam memerangi gejala rasuah.
Ia juga selari dengan pengisytiharan harta oleh Ahli Parlimen dan Anggota Pentadbiran sebagaimana termaktub dalam Kod Etika Anggota Pentadbiran di bawah Pelan Pencegahan Rasuah Nasional 2019-2023 yang dilancarkan pada Januari tahun lepas.
Bernama
Thu Aug 06 2020
Shamshun Baharin berkata undang-undang itu boleh dikuatkuasakan tahun depan jika pihak berkaitan berusaha untuk menjadikan ia suatu realiti. - Foto Astro AWANI
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.