Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan tujuh individu dan menyita 14 buah kenderaan mewah pelbagai jenama bernilai lebih RM1.5 juta yang dipercayai diseludup dari negara jiran.
Kenderaan yang diseludup dikatakan telah dikategorikan sebagai kenderaan lusuh yang mana dilarang diimport tanpa kebenaran khas ke negara ini kecuali dalam bentuk alat ganti terpakai atau untuk sukan permotoran.
Kesemua tangkapan dan rampasan itu dibuat pasukan itu dalam operasi selama dua hari sejak Selasa lepas di sekitar Seremban dan Johor Bahru.
Hasil intipan dan risikan pegawai SPRM dan maklumat daripada orang awam selama hampir sebulan, dua individu ditahan dan dua buah kenderaan disita di daerah ini kerana didapati menggunakan pelekat cukai jalan asli dengan nombor pendaftaran kenderaan sah atau sering dikenali sebagai kereta kembar, klon atau pendua.
Susulan penahan dua lelaki berkenaan, pasukan SPRM yang diketuai oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan Shaharom Nizam Abd Manap sendiri telah membuat serbuan ke sebuah rumah di Johor Baharu dan menahan tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 22 hingga 46 tahun.
Dalam serbuan itu, pasukan SPRM turut menyita 12 buah kenderaan pelbagai jenama termasuk kenderaan mewah yang disyaki diseludup dari negara jiran.
Difahamkan sebuah premis pejabat juga telah diserbu dan beberapa peralatan seperti komputer dan pencetak telah dirampas termasuk pelekat cukai jalan asli yang telah siap bercetak dan seorang lelaki ditahan.
Semua yang ditangkap telah ditahan reman antara dua hingga empat hari.
Shaharom Nizam ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan sitaan kenderaan terbabit.
Beliau turut meminta semua pemilik kenderaan lusuh atau klon menyerahkan secara sukarela kenderaan dalam milikan mereka ke pejabat SPRM yang berhampiran atau tindakan undang-undang akan diambil jika enggan berbuat demikian.
Pemilikan kenderaan lusuh adalah berbahaya kerana jika digunakan dalam aktiviti jenayah dan berlaku kesalahan trafik akan mengakibatkan penganiayaan kepada pemilik yang sah.
Selain itu, jika berlaku kemalangan tiada tuntutan insuran boleh dibuat kerana kenderaan lusuh tidak mempunyai perlindungan insuran.
Kerajaan juga mengalami kerugian kerana tiada hasil cukai dapat dikutip dan industri automobil negara juga terjejas jika kenderaan lusuh tidak dikawal.
Shaharom Nizam memaklumkan siasatan kes itu dibuat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Bernama
Fri Apr 17 2015
Dalam serbuan itu, pasukan SPRM turut menyita 12 buah kenderaan pelbagai jenama termasuk kenderaan mewah yang disyaki diseludup dari negara jiran.
18 projek tindakan atasi isu bekalan air
Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di negeri itu selain memperkasa perkhidmatan sistem pembentungan.
Ratusan penumpang terkandas di KLIA
Tinjauan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA)Terminal 1 mendapati ratusan penumpang terkandas kerana tidak dapat menaiki penerbangan ke Sabah dan Sarawak.
Sheriff: Tayangan awal raih lebih RM1 juta
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff telah meraih kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal pada 17 April di pawagam.
Malaysia Airlines tawar pilihan kepada penumpang terjejas
Untuk meminimumkan kesulitan yang disebabkan oleh pembatalan yang tidak dijangka, Malaysia Airlines menawarkan pelanggan yang terjejas perubahan satu kali pada jadual perjalanan mereka secara percuma, atau memilih bayaran balik penuh tanpa mengira keluarga tambang mereka.
AirAsia sediakan pilihan kepada penumpang
AirAsia akan menyediakan pilihan kepada penumpang yang penerbangannya dibatalkan akibat letusan Gunung Ruang di Kepulauan Sulawesi Indonesia.
Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MET Malaysia
Impak letusan Gunung Berapi Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia setakat ini masih belum menjejaskan kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak.
Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, letusan tersebut, yang berketinggian 725 meter dari paras laut, bagaimanapun telah menjejaskan operasi penerbangan di dua negeri tersebut.
Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, letusan tersebut, yang berketinggian 725 meter dari paras laut, bagaimanapun telah menjejaskan operasi penerbangan di dua negeri tersebut.
Stoking kalimah Allah: Wai Loong dituduh semula, mengaku tidak salah
Lelaki yang membuat kenyataan jelik berhubung isu stoking dengan kalimah Allah, dituduh sekali lagi, atas satu pertuduhan yang sama.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
OIC gesa siasatan jenayah dilakukan terhadap Israel berhubung tahanan Palestin
Jumlah tahanan Palestin dilaporkan lebih 9,500 orang, termasuk 80 tahanan wanita dan lebih 200 kanak-kanak.
Menteri Kewangan Malaysia dan Indonesia bincang kewangan Islam, industri halal di Washington
Pertemuan di Washington diadakan ketika mereka mengetuai delegasi negara masing-masing ke Mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia 2024.
SPRM tahan guru disyaki salah guna kuasa
Seorang guru sekolah menengah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, kerana disyaki menyalah guna kuasa bagi pembekalan alat ganti automotif.
Seleweng duit raya, timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan SPRM
Lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada 11.45 pagi tadi di pejabat SPRM di Alor Setar.
SPRM siasat dokumen pembelian MPV SADA
Bagaimanapun, SPRM tidak melakukan serbuan ke atas SADA, malah tiada kakitangan syarikat itu ditahan setakat ini.
COVID-19: Pengarah urusan ditahan palsu dokumen mohon bantuan Perkeso
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di sini kira-kira pukul 5.30 petang semalam.
Dakwaan penyelewengan RM50 juta: Anak syarikat sebuah universiti tempatan disiasat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah, menyerbu pejabat anak syarikat sebuah universiti awam terkemuka di Utara tanah air pada Khamis.
Rasuah RM500,000: Tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang direman sehingga 6 hari
Suspek dipercayai meminta rasuah RM500,000 dan sudah menerima RM100,000 daripada orang awam sebagai balasan memastikan kes dituduh di mahkamah.
SPRM Kedah tahan tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang minta suapan RM500,000
Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.
Anggota APMM disyaki terima suapan bulanan daripada nelayan direman
Kedua-dua suspek didakwa meminta dan menerima suapan wang tunai secara bulanan bernilai antara RM200 sehingga RM2,000 daripada nelayan dan pemilik bot.
Lebih 10,000 pelekat cukai jalan diseludup keluar dari JPJ - SPRM
SPRM Negeri Sembilan mengesan terdapat lebih 10,000 keping pelekat cukai jalan diseludup keluar daripada simpanan pihak JPJ di antara November tahun lepas hingga Mac tahun ini.
SPRM Negeri Sembilan tahan tujuh orang dan sita 14 kenderaan bernilai RM1.5 juta
SPRM Negeri Sembilan menahan tujuh individu dan menyita 14 buah kenderaan mewah pelbagai jenama bernilai lebih RM1.5 juta yang dipercayai diseludup dari negara jiran.