Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, mengesahkan telah mengambil keterangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bagi membantu siasatan kes pada Isnin.

Timbalan Pesuruhjaya Operasi Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan menjelaskan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

"Idris yang merupakan ADUN Sundai Udang itu merupakan saksi bagi kes melibatkan pegawai beliau yang pernah ditahan oleh SPRM pada November lalu atas dakwaan rasuah.

"Pegawai SPRM telah menyerbu pejabat Ketua Menteri pada jam 2 petang Isnin," jelasnya.

BACA: Siasatan SPRM tiada kaitan dengan dirinya, kata Idris Haron

Bagaimanapun katanya, maklumat berhubung kes tersebut tidak boleh dideahkan bagi memelihara integriti siasatan.

Menurut laporan akhabar The New Straits Times, beberapa dokumen yang mempunyai kaitan dengan ketua menteri turut dirampas.