Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia membantu entiti korporat untuk mencegah, mengesan dan menangani gejala rasuah dalam usaha mewujudkan persekitaran budaya etika dalam dunia perniagaan.
Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya, berkata pindaan Akta SPRM termasuk Seksyen 17A yang diluluskan oleh Parlimen tahun lalu adalah bagi membantu organisasi komersial memahami tatacara yang mencukupi untuk menghalang sesuatu perbuatan rasuah dalam perniagaan masing-masing.
Mengikut peruntukan baharu itu, katanya, organisasi komersial boleh didakwa jika mana-mana orang bersekutu dengannya melakukan sesuatu perbuatan rasuah.
"Syarikat berkenaan turut bertanggungjawab jika ia gagal membuktikan bahawa ia telah mengambil langkah-langkah yang mencukupi bagi menghalang berlakunya amalan rasuah dalam urusan perniagaan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap mengenai Liabiliti Korporat, Integriti dan Tadbir Urus (IGU) dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sempena Hari Integriti Petronas, di sini pada Isnin.
Beliau berkata penggubalan Seksyen 17A adalah sejajar dengan objektif Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang diperkenalkan Januari lalu yang khusus dibangunkan untuk menetapkan matlamat realistik dan praktikal dalam menangani isu rasuah, integriti dan tadbir urus.
Salah satu inisiatif mandatori di bawah NCAP ialah Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang dibentuk untuk memperkukuhkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan agensi-agensi diperlukan membangun pelan strategi antirasuah dalaman organisasi bagi memastikan Malaysia akan suatu hari nanti bebas daripada gejala rasuah, katanya.
Selain tadbir urus yang baik dalam entiti korporat, katanya, nilai-nilai moral yang tinggi dan sanggup komited dalam pemantapan etika dan integriti dalam organisasi akan membantu membanteras rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 04 2019
LATHEEFA: Syarikat berkenaan turut bertanggungjawab jika ia gagal membuktikan bahawa ia telah mengambil langkah-langkah yang mencukupi bagi menghalang berlakunya amalan rasuah.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
SPRM sedia bantu entiti korporat cegah rasuah - Latheefa
Seksyen 17A yang diluluskan oleh Parlimen tahun lalu adalah bagi membantu organisasi komersial memahami tatacara yang mencukupi.