Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia mengkaji keperluan untuk pihaknya menyaring bakal penerima gelaran darjah kebesaran di negara ini bagi memastikan hanya individu yang berkelayakan sahaja dikurniakan anugerah itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata setakat ini, tapisan hanya dibuat jika ada permohonan daripada pihak yang mengeluarkan gelaran itu.
"Kalau ada pihak yang memohon (untuk SPRM membuat tapisan sebagaimana yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia) kita akan kaji semua, sama ada ia satu keperluan," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa premis agensi kerajaan di Kompleks Hentian Kajang, di sini hari ini.
Beliau mengulas isu beberapa penerima darjah kebesaran membawa gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri' yang dikatakan terbabit dalam kegiatan kongsi gelap baru-baru ini.
Pada 8 Feb lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh mendedahkan seorang 'Datuk Seri' dan lima 'Datuk' antara 114 anggota beberapa kumpulan kongsi gelap yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam Ops Cantas sejak 2015.
Dalam pada itu, Dzulkifli berkata SPRM akan meneruskan program lawatan ke agensi-agensi kerajaan di seluruh negara untuk mendekatkan suruhanjaya itu dengan masyarakat.
"Program ini akan berterusan di seluruh negara, pengarah-pengarah saya telah diarahkan untuk membuat lawatan di setiap agensi kerajaan dari semasa ke semasa.
"Kita akan memastikan di sana ada akses kepada rakyat untuk membuat aduan, kekuatan daripada SPRM adalah sumber daripada rakyat, jadi kita mohon dan seru orang ramai untuk tampil memberi maklumat kepada SPRM," katanya.
Menurutnya, kejayaan SPRM mengheret beberapa suspek berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa ke mahkamah adalah susulan kerjasama orang ramai yang tampil memberi maklumat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2017
DZULKIFLI: Kalau ada pihak yang memohon, kita akan kaji semua sama ada ia satu keperluan. - Foto Bernama
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Datuk Lat terima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize
Datuk Lat bangga dengan pengiktirafan jawatankuasa anugerah itu yang melibatkan beberapa pengkarya terkenal daripada pelbagai cabang kesenian.
UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.
Tiga graduan cemerlang terima Anugerah Pingat Tunku
Mereka berjaya memberi impak positif daripada sudut kesukarelawanan, perancangan ekonomi, teknologi dan pembelaan hak serta suara siswa.
Pelajar SMAP Labu menang pertandingan penulisan esei Komanwel
Auni Batrisyia Mohd Azmani dianugerahkan Golden Awards bagi penulisan esei bertajuk 'The Valorous Age.'
Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, telah dianugerahkan dengan satu anugerah berprestij iaitu CEO Champion (SME) sempena Life at WorkAwards (LAWA) 2023.
Jasa 2 juruterbang pesawat terhempas di Elmina diiktiraf Pengakap Malaysia
Dua juruterbang yang terkorban nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lepas, mendapat Pingat Anugerah Presiden oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.
Nicol David, Sheikh Muszaphar terima Anugerah The Knights 2023
Anugerah The Knights 2023 bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan usahawan.
Affendi Buang antara tiga rakyat Malaysia terima anugerah 'Order of Australia' 2023
Tiga rakyat Malaysia menerima penghormatan Order of Australia pada tahun ini atas sumbangan cemerlang mereka dalam mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Australia.
KP WHO dianugerah pingat Olimpik
Bach menyifatkan Ghebreyesus sebagai "saudara" atas bantuan nasihatnya semasa pandemik COVID-19 untuk menganjurkan Olimpik Tokyo pada 2021.
Mohamad Sabu terima anugerah "Medal of Spiritual Unity" di Rusia
Datuk Seri Mohamad Sabu dianugerahkan "Medal of Spiritual Unity" dalam lawatan kerjanya ke Rusia.