Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad telah menahan seorang pemilik syarikat bergelar Datuk Seri berhubung kes rasuah berkaitan pembelian kereta perisai.

Menurut sumber, suspek disyaki telah memberi rasuah bagi mendapatkan tender pembekalan pertahanan.

Beliau yang hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Ahad telah ditahan pada 11 malam hari sama.

Perintah reman akan dikeluarkan di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Isnin.