SPRM tahan Hakim Mahkamah Sesyen

SPRM tahan Hakim Mahkamah Sesyen
Tangkapan yang dilakukan di Kuala Kubu Bharu petang tadi turut merampas sejumlah wang tunai.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Hakim Mahkamah Sesyen bagi membantu siasatan berhubung kes melepaskan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Tangkapan yang dilakukan di Kuala Kubu Bharu petang tadi turut merampas sejumlah wang tunai.

“Siasatan adalah berkenaan penahanan PATI yang ditahan bagi tujuan pelepasan setelah dibayar,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI.
Sebelum ini, SPRM menahan 11 individu termasuk sembilan anggota polis, seorang timbalan pendakwaraya dan seorang peguam kerana membantu membebaskan PATI yang sepatutnya dihantar ke Depot Tahanan Imigresen.

Dalam operasi khas itu, SPRM merampas wang tunai RM100,000 dengan pecahan RM17,500 dirampas daripada peguam, manakala RM82,500 dijumpai daripada DPP.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki memaklumkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu membenarkan tempoh reman terhadap terhadap seorang peguam dan seorang DPP dilanjutkan dua hari berakhir esok.

Manakala enam anggota polis turut ditahan reman untuk membantu siasatan  dibebaskan hari ini.



Tag: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Hakim Mahkamah Sesyen, melepaskan tahanan, pendatang asing tanpa izin, PATI, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, Kuala Kubu Bharu, Depot Tahanan Imigresen, Azam Baki


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.