Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan seorang jurutera sebuah syarikat petroleum bersama isterinya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM361,000 daripada syarikat kontraktor bagi melakukan kerja pengujian terhadap paip-paip yang dipasang di sebuah projek di Sipitang, Sabah tiga tahun lalu.
Pasangan suami isteri tersebut masing-masing berusia 58 tahun dan 49 tahun ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada pukul 2 petang tadi.
Menurut sumber, suspek yang merupakan pengurus kawalan kualiti atau analisis kualiti (QA&QC) projek tersebut ketika itu disyaki telah meminta dan menerima rasuah sebagai upah melantik syarikat sub-kontraktor kepada kontraktor utama bagi menjalankan kerja-kerja tersebut.
"Pembayaran rasuah tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek dan akaun syarikat isterinya sebagai upah bagi melantik Syarikat berkenaan bagi melaksanakan projek tersebut," ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
"Setakat ini pihak kami telah membuka dua kertas siasatan berhubung kes ini dan 12 rakaman pernyataan telah diambil daripada individu-individu berkaitan," ujarnya.
Kedua-dua suspek dijangka akan dihadapkan ke mahkamah Putrajaya esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.
Hilal Azmi
Mon Mar 05 2018
Suspek disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai upah melantik syarikat sub-kontraktor kepada kontraktor utama bagi menjalankan kerja-kerja tersebut. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Jurutera didenda RM1,500 halang tugas pegawai polis
Tertuduh didakwa enggan mengemukakan dokumen pengenalan diri dan mengeluarkan kata-kata kasar berunsur provokasi.
Fadillah dikurnia Anugerah Felo Kehormat IEM
Anugerah diberikan kepada individu terbilang yang memberi sumbangan besar dan perkhidmatan cemerlang kepada profesion kejuruteraan.
China sasar jayakan misi manusia mendarat di bulan menjelang 2030
China menyasarkan untuk menyempurnakan misi pendaratan manusia di Bulan menjelang 2030, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Malaysia perlu lebih ramai jurutera bantu pembangunan negara mampan - MOSTI
Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera untuk membantu negara mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke arah membina masa depan lebih mampan.
Jurutera didakwa gubah wang haram, tipu, rasuah babit RM131,600
Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob, Hakim Azura Alwi dan Hakim Suzana Hussin.
Kerajaan pandang serius isu gaji permulaan jurutera yang rendah - Ismail Sabri
Kerajaan memandang serius isu gaji permulaan jurutera yang rendah kerana ia mampu menjejaskan minat golongan muda menceburi profesion itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
'Arwah pernah luah hasrat pulang ke kampung jaga ayah' - Kakak
"Arwah pernah meluahkan hasrat ingin berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk menjaga ayah yang menghidap penyakit lelah kronik".
Seorang lagi jurutera direman bantu siasatan rasuah
Menurut sumber, lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Selangor pada 2.50 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.
Lima individu termasuk jurutera direman bantu siasatan kes rasuah
Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan perintah reman terhadap lima individu bagi membantu siasatan berhubung dua kes rasuah membabitkan dua syarikat kontraktor.
Rasuah: Jurutera daerah antara 6 ditahan SPRM, babitkan projek jutaan ringgit
Suspek berusia di antara 31 hingga 44 tahun itu dipercayai mengawal 11 syarikat didaftarkan atas nama mereka dan proksi untuk membolot projek agensi Pusat berkenaan yang ditawarkan di daerah itu.