SPRM tahan pegawai kanan polis terlibat pengubahan wang haram

SPRM tahan pegawai kanan polis terlibat pengubahan wang haram
Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang di Pejabat SPRM Melaka ketika hadir untuk memberi keterangan.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM17,000.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang di Pejabat SPRM Melaka ketika hadir untuk memberi keterangan.
Katanya, pada Februari sehingga Mei 2017, pegawai kanan polis tersebut dipercayai menerima wang berjumlah RM17,000 hasil aktiviti haram membabitkan kegiatan perjudian di sekitar negeri Melaka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan polis tersebut.

Katanya pegawai kanan polis tersebut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi esok mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).



Tag: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pegawai kanan polis, SPRM tahan pegawai kanan polis, pengubahan wang haram, Azam Baki, AMLATFPUAA, Asisten Superintendan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.