Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan sebelum dan selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Perkara berkenaan dinyatakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.

"Selama ini kementerian sudah menjalankan pelbagai penguatkuasaan di bawah peraturan bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

"Oleh itu, berpuluh puluh ribu pemeriksaan dijalankan setiap tahun ini akan diteruskan sebelum dan selepas SST dilaksanakan," jelasnya.

Rang Undang-undang (RUU) SST dijadual dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin depan.

BACA: RUU SST dibentang minggu depan

Pembentangan itu termasuk usul untuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).