Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang akan memutuskan status sama ada wanita Teoh Cheng Cheng atau nama Islamnya Nora Teoh Abdullah, 38 tahun beragama Islam atau sebaliknya esok .
Keputusan itu dibuat Hakim, Zaim Md Yudim semasa prosiding yang dijalankan secara tertutup selama lima jam lewat petang tadi.
Peguam keluarga itu, Wan Faridulhadi Mohd Yusof berkata, keputusan akan dibuat selepas kesemua saksi memberi keterangan hari ini.
Seramai empat orang saksi terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan juga teman rapat keluarga termasuk anak sulung si mati berusia 16 tahun yang memberi keterangan.
“Semua keterangan itu telah diberikan saksi iaitu rakan keluarga dan juga anak si mati sendiri. Bagi pihak majlis agama Islam, saksi-saksinya terdiri daripada wakil Pendaftar Mualaf dan juga orang yang terlibat dalam mengendali pengisian borang tersebut dan keputusan akan di putuskan esok pada jam 2 petang,” kata Wan Faridulhadi.
Terdahulu MAIPP yang juga plaintif telah membuat permohonan di bawah seksyen 61(3)(10) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang iaitu pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu sama ada beragama Islam atau sebaliknya.
Pada prosiding hari ini, ahli keluarga diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala MAIPP diwakili peguam Noor Asyimah Ramli.
Pada Sabtu, Teoh Cheng Cheng, seorang pelayan berumur 38 tahun meninggal dunia selepas menggantung dirinya di rumahnya di Lebuh Macallum, Pulau Pinang selepas dikatakan bertengkar dengan teman lelakinya.
Mayat Teoh yang sepatutnya disemadikan petang Isnin lalu mengikut upacara adat Tao, telah dihentikan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang datang menuntut mayatnya.
Selepas perbincangan, keluarga mendiang membenarkan JAIPP untuk mengambil mayat Teoh. Namun, keluarganya kemudiannya mengubah fikiran dan dilaporkan telah berjumpa dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang termasuk Ketua Menteri Lim Guan Eng meminta bantuan untuk menyemadikan beliau mengikut tradisi agama Buddha.
Astro Awani
Wed Jun 11 2014
Keputusan akan dibuat selepas kesemua saksi memberi keterangan hari ini - Gambar Fail
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Mahkamah Syariah putuskan Teoh Cheng Cheng bukan Islam
Mahkamah Syariah George Town hari ini memutuskan Teoh Cheng Cheng bukan beragama Islam sewaktu dia meninggal dunia.
Status agama wanita didakwa mualaf diputuskan Khamis
Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang akan memutuskan status sama ada wanita Teoh Cheng Cheng atau nama Islamnya Nora Teoh Abdullah, 38 tahun beragama Islam atau sebaliknya esok .
Tindakan JAIPP tidak sensitif, saya mohon maaf - Exco Agama
JAIPP membuat permohonan maaf di atas tindakan pegawainya yang menghentikan satu majlis pengkebumian Buddha pada 9 Jun.
JAIPP tuntut mayat mualaf, pengkebumian Buddha terhenti
Keluarga si mati yang dikenali sebagai Teoh Cheng Cheng, 38, terkejut kerana mereka tidak tahu si mati telah memeluk Islam 17 tahun lalu.