Tutup

Status petugas kontrak RTM akan diketahui dalam masa terdekat - Gobind

Status petugas kontrak RTM akan diketahui dalam masa terdekat - Gobind
GOBIND: Diharapkan keputusan berhubung permintaan agar kakitangan RTM diserapkan ke jawatan tetap itu akan dicapai dalam masa terdekat. - BERNAMA/Fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengadakan perbincangan dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berhubung kedudukan petugas berstatus kontrak.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata diharapkan keputusan berhubung permintaan agar kakitangan RTM diserapkan ke jawatan tetap itu akan dicapai dalam masa terdekat.
"Terima kasih. Perkara ini dalam perhatian saya. Senarai telahpun dikemukakan dan perbincangan antara RTM dan KKMM sedang dijalankan. Harap ada keputusan dalam masa terdekat," katanya dalam catatan Twitter beliau hari ini, sebagai respons terhadap cadangan @wanpersis mengenai isu tersebut.


@wanpersis meminta jasa baik Gobind mempertimbangkan agar kakitangan kontrak di Jabatan Penyiaran Malaysia, RTM diserapkan ke status tetap berikutan kebanyakan kakitangan berstatus kontrak di RTM telah bekerja 10 tahun ke atas serta berpengalaman. -- Bernama




Tag: radio televisyen malaysia, rtm, Gobind Singh Deo



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.