Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata empat pensyarah yang terlibat dalam rumusan eksekutif Statut Rom yang dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 2 April lalu perlu bertanggungjawab dan bersedia memikul akauntabiliti terhadap apa jua yang ingin mereka ketengahkan.
Beliau berkata ia selari dengan janji kerajaan untuk mengangkat kebebasan akademik seperti yang telah diputuskan kabinet sebelum ini.
"Dalam masa yang sama kita berharap isu ini perlu diperdebat secara ilmiah dan berfakta tanpa mempunyai niat tertentu sama ada bersifat politik atau tidak.
"Oleh yang demikian, mereka yang terlibat perlu bertanggungjawab dan bersedia memikul akauntabiliti terhadap apa jua yang mahu diperdebatkan itu," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Khamis.
Maszlee berkata demikian bagi mengulas surat terbuka yang ditujukan kepadanya daripada anggota kumpulan bekas penjawat awam G25 Tan Sri Alwi Jantan yang dilaporkan di laman sebuah portal berita pada Khamis, merujuk kepada tindakan empat pensyarah terbabit yang dilihatnya melakukan kesalahan sebagai penjawat awam.
Rumusan eksekutif bagi meratifikasikan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) itu dilakukan Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Datuk Dr Rahmat Mohamad, pakar Perlembagaan Persekutuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz serta dua pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Dr Fareed Mohd Hassan dan Hisham Hanapi.
Alwi mempersoalkan sama ada tindakan keempat-empat ahli akademik itu telah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada naib canselor masing-masing sebelum membentangkan rumusan kertas kerja masing-masing kepada Majlis Raja-Raja.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2019
Mereka yang terlibat perlu bertanggungjawab dan bersedia memikul akauntabiliti terhadap apa jua yang mahu diperdebatkan. - Gambar fail
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Kartel PDRM: Segerakan RUU IPCC, jangan tangguh - Suhakam
Badan itu menzahirkan kebimbangan susulan kenyataan Ketua Polis Negara baru-baru ini yang mendakwa wujudnya rasuah dan salah guna kuasa yang serius dalam kalangan pegawai polis.
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
Shamsul Iskandar dilantik Bendahari CPA
Bendahari dilantik selama tiga tahun oleh Perhimpunan Agung dan bekerjasama dengan Setiausaha Agung CPA dan Sekretariat Ibu Pejabat CPA untuk memantau kewangan persatuan.
ADUN Perak perlu isytihar harta
Mereka dikehendaki mengisytiharkan harta mereka, harta milik pasangan masing-masing, anak-anak dan akaun pemegang amanah, kepada Speaker DUN dalam masa tiga bulan selepas usul diluluskan.
Statut Rom: Pensyarah perlu bertanggungjawab - Maszlee
Beliau berkata ia selari dengan janji kerajaan untuk mengangkat kebebasan akademik seperti yang telah diputuskan kabinet sebelum ini.
Dewan Rakyat lulus tiga akta, beri kebebasan mahasiswa berpolitik di kampus
Selain AUKU, dua lagi ialah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
Angka 'ketirisan' FINAS mengejutkan! - Gobind
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengumumkan anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)yang baharu pada minggu hadapan.
Ketua jabatan, agensi pelaksana diseru sentiasa budayakan amalan integriti
Untuk membudayakan amalan integriti, akauntabiliti serta tadbir urus dalam menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.