Statut Rom: Sultan Johor ucap terima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan

Statut Rom: Sultan Johor ucap terima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan
SULTAN IBRAHIM: Saya akan memastikan kedaulatan negara dan keharmonian hidup rakyat akan sentiasa dipelihara.
KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Di dalam laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim ucapkan dengan berterima kasih kepada kerajaan kerana menghormati dan menerima pandangan Majlis Raja-Raja.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mendengar suara rakyat untuk membatalkan perjanjian Statut Rome yang telah ditandatangani pada bulan Mac yang lalu.
“Saya berharap kerajaan akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik.

 

“Saya akan memastikan kedaulatan negara dan keharmonian hidup rakyat akan sentiasa dipelihara. Raja dan Rakyat berpisah tiada,” titah baginda.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia menarik diri daripada Statut Rom ICC kerana kekeliruan timbul dalam masyarakat serta ada pihak tertentu cuba membuatkan institusi Raja menentang kerajaan.

BACA: Jika perjanjian antarabangsa bagus, mengapa rakyat Palestin masih dizalimi? - TMJ


Katanya, Malaysia boleh menarik balik Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada Jun depan selepas ia ditandatangani pada 4 Mac lalu dan diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari sama.




Tag: Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor, kerajaan, Statut Rom, Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Majlis Raja-Raja, rakyat, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.