KUMULATIF kes jangkitan COVID-19 di negara kita sehingga 18 Oktober ialah 19,627 kes dengan kematian yang direkodkan sebanyak 180.
Penularan jangkitan virus ini di dalam negara kembali membimbangkan selepas ia mula mencatat angka tiga digit sehari dengan beberapa negeri iaitu Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diumumkan sebagai zon Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sabah diketahui umum menjadi ‘penyumbang’ tertinggi jangkitan dan senario ini pastinya akan menambahkan lagi ketakutan penduduk di sana terhadap risiko dijangkiti COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perjuangan petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan pandemik COVID-19 di Sabah kini memasuki fasa kritikal.
Ketakutan dan rasa cemas masyarakat terhadap pandemik COVID-19 ini ada asasnya.
Pada pemerhatian penulis, pertamanya kerana virus ini merupakan virus baharu yang tidak pernah dikesan sebelum ini menjadikan ‘musuh halimunan’ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar amat ditakuti.
Keduanya, kerana masih belum ada vaksin yang boleh ‘mematikan’ virus ini menjadikan saban hari ia terus merebak ke seluruh dunia dengan pantas menjangkiti manusia.
Ketiga, penulis berpendapat sebab paling kuat mengapa COVID-19 amat ditakuti adalah kerana ia boleh membawa maut!
Bagusnya apabila wujud ketakutan pada COVID-19 adalah masyarakat akan berhati-hati daripada dijangkiti dengan mematuhi segala arahan dan panduan yang diberikan kerajaan dan melaksanakan segala langkah pencegahan kendiri yang sepatutnya.
Tetapi pada masa yang sama, penularan virus ini turut mencetuskan merebaknya pula stigma dalam kalangan masyarakat terhadap individu, organisasi mahupun kawasan yang terkait secara langsung dengan terma ‘positif COVID-19’.
Inilah musuh kedua yang kita perlu kita lawan secara bersama kerana kewujudkan stigma seperti ini amat berbahaya dan ia turut diakui oleh Ketua Pengarah Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom.
Tegas beliau bahawa stigma itu adalah musuh yang lebih berbahaya daripada virus COVID-19 itu sendiri kerana daripada stigma itu sendiri akan mencetuskan suasana yang lebih parah.
Stigma yang terlampau tidak menjadikan keadaan menjadi lebih baik kerana kita boleh mengambil contoh mudah bagaimana masyarakat melihat dan menilai individu yang mendapatkan rawatan berkaitan kesihatan mental dikatakan sebagai seorang yang gila dan perlu dijauhi.
Atas sebab itulah, isu kesihatan mental masih menjadi sesuatu yang tabu dalam kalangan masyarakat kita sehinggaa ke hari ini.
Individu yang mengalami masalah kesihatan mental tidak berani tampil kehadapan untuk berkongsi masalah mereka, bekas pesakit pula tidak mahu bercerita kisah ‘perjuangan’ mereka untuk sembuh, puncanya kerana stigma yang sudah sebati dalam masyarakat terhadap pesakit mental telah ‘membunuh’ mereka lebih awal.
Atas sebab itu, stigma mengenai COVID-19 perlu dihapuskan, paling tidak pun dikawal atau diminimumkan dalam kalangan masyarakat.
Bayangkan dek kerana takutkan pandangan dan penerimaan negatif serta disisihkan masyarakat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau terkait dengan mereka yang positif, individu yang bergejala ini memilih untuk mendiamkan diri dan tidak mahu membuat saringan.
Sekiranya mereka adalah pembawa virus ini, akibat tidak dikuarantin dan menjalani rawatan yang sepatutnya, mereka terus menyebarkan COVID-19 tanpa disedari secara meluas malah tanpa dapat dikesan untuk dihentikan.
Stigma kepada petugas barisan hadapan khususnya petugas kesihatan juga patut dibuang jauh kerana merekalah wira yang sepatutnya masyarakat dekati sebagai satu bentuk memberi sokongan moral, bukan menjauhkan dan menyisihkan mereka.
Selain itu berdasarkan pemerhatian penulis turut berlaku jika terdapatnya satu lokaliti dikesan virus ini, kerana stigma habis dipukul rata semua yang berada lokaliti tersebut ‘membawa penyakit’ sampaikan dilarang menjejakkan kaki di mana-mana premis seperti pusat asuhan, sekolah, masjid dan lain-lain lagi.
Stigma ini juga sebenarnya memberi tekanan emosi kepada pihak yang terkesan dan boleh menjejaskan kesihatan mental individu berkenaan secara tidak sedar.
Justeru itu, cara kita berkomunikasi mengenai virus ini perlu diperbetulkan supaya segala maklumat yang kita kongsikan mencetuskan masyarakat untuk mengambil tindakan berkesan antara satu sama lain bagi memerangi penyakit ini dan mengelakkan timbulnya ketakutan dan stigma.
Kita mulakan dahulu dengan berkongsikan fakta yang tepat dan relevan kepada masyarakat dengan memanfaatkan pelbagai medium komunikasi terkini terutamanya media sosial.
Stigma kebiasaannya bermula dari kurangnya maklumat mengenai sesuatu masalah sehinggakan pelbagai maklumat tidak sahih dicampur aduk bersama dan kemudiannya disebarkan.
Pada masa yang sama, para pemimpin ataupun tokoh masyarakat turut memainkan peranan bagi menjernihkan keadaan atau salah faham masyarakat mengenai virus ini terutamanya di lokaliti masing-masing dengan memberikan penjelasan dalam konteks yang lebih mudah difahami dan selesa untuk diterima.
Dalam saat yang kritikal ini, penulis menyeru agar masyarakat perlu terus kekal bersama atas dasar kemanusian, prihatin, berfikiran positif dan utuh bersoladiriti melawan COVID-19.
Jangan biarkan stigma merobohkan jambatan yang sedia wujud serta membina pula tembok pemisah baharu yang tiada faedahnya.
* Penulis adalah Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Strategik USIM serta Exco Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM.
** Penulisan ini adalah merupakan pandangan peribadi penulis
Mohd Zaini Othman
Sun Oct 18 2020
Stigma mengenai COVID-19 perlu dihapuskan, paling tidak pun dikawal atau diminimakan dalam kalangan masyarakat. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Usaha proaktif, holistik perlu untuk hentikan stigma berkait kesihatan mental
Stigma kesihatan mental mencerminkan sikap negatif, stereotaip dan prasangka yang sering dikaitkan oleh masyarakat terhadap individu yang mengalami masalah kesihatan mental.
Stigma, diskriminasi halang akses rawatan dan penjagaan kesihatan mental
Stigma dan diskriminasi antara cabaran utama menjadi penghalang kepada akses terhadap rawatan dan penjagaan kesihatan mental yang baik.
Kanak-kanak disleksia perlu dapat kelas intensif dengan segera
Langkah itu penting supaya masalah itu tidak mencederakan emosi kanak-kanak dan tidak merendahkan harga diri mereka.
Anak autistik mampu berdikari jika dapat rawatan terapi awal
Kanak-kanak autistik mempunyai peluang lebih besar untuk hidup berdikari sekiranya diberikan rawatan terapi secepat mungkin.
NHMS 2020: Hanya 22.6 peratus rakyat ada pengetahuan mencukupi tentang jangkitan HIV
Menurut tinjauan, tiga daripada empat orang dewasa telah menunjukkan stigma yang tinggi terhadap penghidap HIV.
Imbasan retina mata kesan autisme pada kanak-kanak
Imbasan retina mata dapat membantu meningkatkan hasil pengesanan dan rawatan awal bagi kanak-kanak.
Kanser paru-paru bukan hukuman mati
Sekiranya menghidap kanser paru-paru, itu bukanlah bermakna nyawa anda sudah ke penghujungnya atau tidak mampu diselamatkan lagi.
Usah kaitkan kanser paru-paru dengan perokok sahaja - Pakar
Kanser paru-paru sering dikaitkan dengan budaya merokok namun faktanya, banyak punca lain yang boleh menyebabkan anda menghidap kanser tersebut.
Perkongsian konflik, krisis manusia di AWANI LINC
Tahun 2020 menjadi sejarah apabila pandemik COVID-19 yang melanda telah mengakibatkan kematian, kemerosotan ekonomi dan perubahan ketara dalam kehidupan sosial.
Highland Towers: Pengindahan kawasan mampu ubah stigma masyarakat
Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay/Hill View mengalu-alukan rancangan tersebut.