Konsep "strategi lautan biru" antara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia sudah terbukti berjaya sejak penglibatan bersama mereka di dalam misi keamanan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kami (anggota PDRM) berkongsi dengan pihak tentera di mana kita ada 10 anggota tentera pada satu-satu masa bertugas bersama kita, berkongsi semuanya dari segi masakan, jadi kami tidak terlampau tertekan ketika menyertai misi keamanan di negara bergolak kerana semua tersusun," jelas Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf yang pernah berkhidmat sebagai anggota pengaman PBB sejak 2000 hingga 2008.

"Kita berkolaborasi dengan ATM seperti yang disarankan melalui "strategi lautan biru" sejak tahun 2000 lagi.

Semasa bertugas di bawah panji PBB di Sierra Leone saya tinggal bersama anggota tentera dalam satu rumah yang dipanggil "Malaysia House".

Sehingga kini sebanyak 4,033 pegawai polis diserap sebagai anggota misi keamanan PBB melibatkan 13 misi seperti di Anggota, Timur Leste dan negara Sahara Barat.

Sementara seramai 24 anggota PDRM akan dihantar bertugas di bawah panji PBB, dengan 19 ditugaskan di Sudan sementara 5 lagi di Selatan Sudan.

Tugas utama yang dipertangungjawabkan ialah sebagai pemantau PBB serta menjayakan proses pembinaan kapasiti bagi negara-negara terlibat.

Ia melibatkan khidmat mentoring, latihan dan nasihat dalam usaha mereformasi dan mentruktur semula negara-negara hos yang terjejas akibat konflik.

Sementara institusi yang diberi perhatian ialah institusi kepolisan, kehakiman, dan penjara.

Sementara itu, Ramli menyatakan PDRM komited untuk memberikan khidmat terbaik dalam semua misi keamanan PBB yang disertainya sejak 1991.

Katanya komitemen ini dicerminkan melalui usaha PDRM untuk menghantar pegawai-pegawai yang terbaik dalam semua misi keamanan yang disertai di bawah panji PBB.

"Sistem pemilihan pegawai ke misi adalah ketat, di mana pengetahuan dan kemahiran mereka diukur dengan begitu rapi. Pegawai-pegawai kita juga dipilih setelah melalui proses pemilihan oleh PBB," jelas Ramli.

"Pegawai-pegawai yang dihantar mestilah mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dalam perkhidmatan, bukannya "budding officers" bagi memastikan kita menghantar pegawai yang berkemahiran tinggi dalam usaha membantu negara hos mencapai keamanan berpanjangan", tambah Ramli.

Pada masa sama, beliau mengakui penyertaan beliau dan anggota-anggota PDRM bersama pihak keselamatan antarabangsa adalah amat berharga kerana ia menjadi platform bagi mereka saling berkongsi pengalaman dan kebolehan.

Ini membolehkan pengalaman anggota dibawa pulang untuk diaplikasi dalam PDRM.

"Sebagai orang Malaysia kita amat terkenal dengan sikap mesra dan peramah dan kebolehan kita untuk bekerja bersungguh-sungguh, sebab itu dalam konteks PBB saya rasa berbangga kerana polis dan tentera kita dipandang tinggi."

Ramli pernah menyertai misi keamanan PBB pada tahun 2000 di Sierra Leone sebelum terlibat dengan pengurusan misi keamanan di ibu pejabat PBB di New York pada 2004 hingga 2008.

Sehingga kini sebanyak 4,033 pegawai diserap sebagai anggota misi keamanan PBB melibatkan 13 misi seperti di Anggota, Timur Leste dan negara Sahara Barat.

Tugas utama yang dipertangungjawabkan ialah sebagai pemantau PBB serta menjayakan proses pembinaan kapasiti bagi negara-negara terlibat.

Ia melibatkan khidmat mentoring, latihan dan nasihat dalam usaha mereformasi dan mentruktur semula negara-negara hos yang terjejas akibat konflik.

Sementara institusi yang diambil perhatian ialah institusi kepolisan, kehakiman, dan penjara.

PBB pada Rabu menyambut Hari Anggota Pengaman PBB.

Setiausaha Agungnya Ban Ki-Moon juga menyerahkan anugerah "Dag Hammarskjold" kepada 103 anggota pengaman yang terkorban dalam misi pada 2012.