Dua pekerja pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dekat persimpangan Taman Kosas, Jalan Ampang, cedera selepas struktur rasuk konkrit terjatuh.

Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu bagaimanapun terkawal tanpa sebarang kerosakan dan kecederaan kepada orang awam.

Pemaju Lebuhraya SUKE, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata kerja pembinaan di lokasi dihentikan serta-merta sejurus kejadian.

Dua pekerja binaan yang cedera kini dirawat hospital.

Keadaan di lokasi terkawal dan tiada berlaku kesesakan lalu lintas pagi tadi.

Bagaimanapun kerja pembinaan dihentikan serta-merta dan siasatan terperinci kejadian sedang dijalankan.