Penurunan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun membolehkan suara golongan muda di negara ini lebih jelas, lantang dan dijadikan asas kepada pembentukan negara.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ini disebabkan isu yang dibangkitkan golongan muda merupakan persoalan masa depan yang akan dihadapi oleh generasi belia.
"Isu anak muda adalah isu rakyat, juga digelar politik marhean. Kita jangan ingat politik itu hanya untuk golongan kaya, aristokrat, bandar dan berpendidikan sahaja kerana undi setiap golongan itu amat bermakna dalam menentukan pentadbir negara.
"Sama seperti golongan muda, apabila di usia 18 tahun, kamu juga mahukan sistem pendidikan yang baik, peluang biasiswa dan peluang pekerjaan tetapi ketika ini mereka tidak diberi hak. Ini yang saya katakan tidak adil dan kita perlu perjuangkan hari ini," katanya dalam program Bicara Politikonomi yang disiarkan secara langsung menerusi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) pada Rabu.
Menyentuh mengenai kematangan politik golongan belia pada usia 18 tahun, Syed Saddiq percaya 18 tahun merupakan umur yang mampu membuat keputusan yang matang dalam menentukan masa depan negara.
Bagaimanapun, Syed Sadfdiq berkata beliau mahu anak muda lebih mengambil tahu akan situasi dalaman negara dan isu semasa yang berlaku bagi membolehkan mereka jelas akan perjuangan yang benar dalam memajukan negara.
"Anak muda perlu ada garis panduan yang jelas mengenai politik kerana politik ini bukan sekadar melibatkan lambang dan parti sahaja. Ia lebih daripada itu meliputi pembangunan revolusi industri dan perkembangan isu dalam dan luar negara," katanya.
Usul pindaan Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun akan dibentangkan di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Usul itu yang merupakan satu daripada janji dalam manifesto Pakatan Harapan, dijangka dibentangkan Syed Saddiq setelah ia dipersetujui secara sebulat suara oleh Kabinet pada September lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2019
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ini disebabkan isu yang dibangkitkan golongan muda merupakan persoalan masa depan yang akan dihadapi oleh generasi belia. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Pakar Ekonomi
Komunikasi yang berkesan dan efektif perlu dilakukan kerajaan seiring reformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan ketika ini. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Dana Pembangkang: Kerajaan mula langkah ke arah politik matang - Pakar
Kesediaan Kerajaan Perpaduan untuk membincangkan peruntukkan kepada ahli parlimen pembangkang seharusnya membuka lembaran baharu politik matang dalam negara.
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Gema hari ketiga isu kelestarian dan kemampanan alam
Wartawan Astro AWANI membawakan lintas langsung Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) hari ketiga di mana ia terus menumpukan kepada soal isu kelestarian dan kemampanan alam demi generasi akan datang.
Mendiang Joseph Kurup sering ingatkan pemimpin tidak sombong
Seorang individu yang diberi mandat sebagai pemimpin seharusnya bersedia memikul amanah dengan baik serta tidak sombong dengan jawatan dipegang.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Tarif air domestik di Perak naik 5 sen mulai 1 Mei
Tarif baharu air bagi kategori domestik di Perak akan dinaikkan pada kadar 5 sen bagi setiap meter padu bermula 1 Mei ini. Penetapan itu yang pertama selepas 18 tahun, jauh lebih rendah berbanding kadar purata 22 sen yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: MAS, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak
Syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan di antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia, pada Khamis.
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
Suara golongan muda asas pembentukan negara - Syed Saddiq
Penurunan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun membolehkan suara golongan muda di negara ini lebih jelas, lantang dan dijadikan asas kepada pembentukan negara.