Suasana di perkarangan Istana Negara kekal tenang dan tidak menunjukkan sebarang pergerakan keluar dan masuk kenderaan golongan kenamaan (VIP) setakat pukul 11 malam.

Ia sekali gus menafikan dakwaan sebelum ini bahawa akan berlaku 'gelombang kedua' kehadiran Ahli Parlimen ke Istana Negara.

Segelintir pengamal media yang berkumpul di hadapan pintu masuk Istana Negara seawal pukul 2 petang Ahad juga sudah mula beredar.

Terdahulu difahamkan, puluhan kenderaan VIP dilihat memasuki Istana Negara dipercayai bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya 29 kenderaan kemudian meninggalkan Istana Negara sekitar 7.30 malam selepas dua jam berada di dalam Istana Negara.

BACA: Annuar Musa sahkan Presiden UMNO ke Istana Negara

BACA: 29 kenderaan VIP meninggalkan Istana Negara

Kenderaan jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard dilihat memasuki Istana Negara pada jam 5.35 petang.

Difahamkan juga Yang di-Pertuan Agong sudah meninggalkan Istana Negara sekitar 8 malam.

BACA: Apa maksud 5 mesyuarat politik diadakan serentak hari ini?