Tutup

Suasana pilu iringi pengebumian pemandu lori maut terbakar di lebuh raya

Suasana pilu iringi pengebumian pemandu lori maut terbakar di lebuh raya
Allahyarham Suhaimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22 kira-kira jam 8.30 malam tadi. - Foto Sinar Harian
SUBANG JAYA: Suasana sedih dan pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah mangsa yang rentung dalam kemalangan melibatkan tiga lori di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Slim River, pada Sabtu.

Allahyarham Mohamad Suhaimi Khamis, 38 tahun, berasal dari Felda Mayam, Bera, Pahang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, di sini pada jam 8.30 malam selepas diberi penghormatan terakhir oleh keluarganya.
Dianggarkan lebih 200 saudara-mara dan rakannya hadir di tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir.

Sebelum itu, jenazah tiba dari Hospital Slim River pada jam 7.15 malam dan dibawa ke Masjid Nurul Huda Kampung Kenangan, Puchong untuk disembahyangkan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Khatijah Abdul Karim, 36 tahun, yang sedang hamil tujuh bulan dan tiga anaknya termasuk pasangan kembar, Mohamad Amar, Mohamad Amir, 9 tahun, dan Nor Afiqah, 8 tahun.


BACA: 'Saya sedih... tolong jangan sebar video suami saya lagi'

Terdahulu, ketika kejadian anak kelima daripada lapan beradik itu dipercayai dalam perjalanan menghantar bekalan minyak dari Sungai Buloh, Selangor ke Lumut, Perak.

Kemalangan terjadi kira-kira pukul 8 pagi selepas Hentian Rehat dan Rawat Behrang, membabitkan tiga lori iaitu dua lori treler membawa muatan besi cerucuk dan sebuah lori tangki berisi minyak diesel.


BACA: Tragis! Pemandu rentung dalam nahas dua lori di lebuh raya dekat Slim River

Kebakaran akibat kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan teruk sehingga lapan kilometer di lebuh raya tersebut dan laluan Slim River-Sungkai ditutup sepenuhnya sebelum dibuka semula selepas kerja-kerja pemadaman dan pengalihan kenderaan yang terlibat selesai sekitar pukul 1 tengahari.




Tag: kemalangan, maut, kebakaran, mangsa, Puchong, jenazah, kebumi, Slim River, lori, rentung, PLUS, Lebuhraya Utara Selatan, lori tangki, minyak diesel



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.